Gunung Ledang

April 10, 2002

Hari nih hari Rabu. Apa yang menarik yeee.. kejap tadi, Eileene, opismet aku, duduk depan aku.. ajak aku ikut dia (ngan opismet aku yg lain la!) pegi naik Gunung Ledang. Errrkkk!!! Aku memang nak sangat le naik gunung tuh.. tak kesah la gunung amenda, asalkan keluar buat benda2 adventure nih.. aku cukup suka ngan aktiviti camnih.. tapi, tu laaa..[break] lately, aku banyak benda nak disettlekan. Heh! Aku nih tak lama lagi nak menikah, tu yang sebuk tuh..

Oppp!! Jangan sebut pasal nikah tuh.. heheh! Nenanti la aku bagitau.. sambung pasal ledang. Irizan, opismet aku gak, dia memang dah ajak dah sebelum nih.. aku cakap tak dapat, sebab aku berkemungkinan nak ke Langkawi, nak uruskan pasal pernikahan aku. Ops! Nikah lagi.. heheh! Takpe, sebab nak menerangkan keadaan.. tak tau lagi nak kata camana.. bebudak nih plan nak pegi 20 hb April. Iskkk! Berapa hari je lagi.. susah-susah sangat, aku kata takyah pegi.. abis cerita!

Ntah lee.. payah la.. tak sampai lagi 2 bulan je majlis nikah aku (ok, skang baru bulih cerita! Hehehe!). Time nih le memacam benda yang aku nak uruskan.. Takat nih, tinggal benda2 nih je lagi aku nak kena settlekan.. (1) nak masukkan duit hantaran dalam akaun pak mentua aku; (2) Nak settle kan baju penganting + mak andam; (3) Kad jemputan; (4) Cincin menikah; last sekali (5) Borang nikah. Hmmm.. nampak sikit, tapi nak buat benda2 nih nak kena libatkan banyak masa ngan duit! Hisskk... nasib baik le sekali jek (setakat nih laa.. hahahahah!), kalau tiap tahun.. tak tau nak kata laa..

Malam
Aku balik lambat sikit... ingat pukul 6 nak balik dah, nak sambung "kerja2" nih kat umah.. hehehe! Tertangguh-tangguh! Sudahnya Maghrib baru aku berenti. Aku save memana yang patut, kunun nak sambung kat umah laa.. sebelum tuh, singgah surau. Solat. Irizan takde, tak balik lagi dari gym lagi. Ke dia dah balik. Mamat tuh ajak aku pegi gym, aku pun benornyer nak gi renang kat kondo Salman, tapi tak jadi. Pastu, nak gi gym, tak bawak lak baju ngan seluar.. tak ndak le aku pakai seluar pendek (gym sediakan).. heh! Kalo takat lutut tuh okay laa.. ni seksi! Dah seksi nanti "seksa" laa.. heheheh!

Balik tu, aku call Nono, tunang Salman. Nak "salin" wording untuk surat akuan bujang.. heheh! Memacam laa.. lawak betul la ayat dia! Aku rasa nih version zaman dodulu nih.. nanti la, kalau aku rajin aku letak kan kat sini.. mana tau kengkawan lain pun bulih kongsi sama..

You Might Also Like

0 comments

Press

press