Ops Talipon!!

April 16, 2002

"Tut tut! Tut tut!"
"Hello!"
"Hello leng loi! Heheheh"
"Ooo leng cai! heheheh! Ada apa?"
"Saro, later could u please inform to miss law that i'll be late for about half to an hour. Heheh.. I need to settle up my kawin thingy lah!"
"Oooo.. I understand! Hehee! No problem!"
"Okay.. tengkiu aaa Saro. Bye"
"Its okay. Bye"

Hehehe.. tu la dialog aku ngan Sarojini, opismet aku. Nak call opis, masa tuh takde org lagi. Aku ke Pejabat Agama Daerah Gombak pagi nih, kat Keramat sana hantar borang nikah aku. Ingatkan sempat nak kejar ke opis sebelum pukul 9, tapi memacam lak nak kena buat. Pototstat itu ini, pehtuh selisih lak geng ITTUTOR, Fairuz (zuriaf). Sembang2 sikit, pehtuh aku ulur le kad jemputan aku sekali. Heh! Memang dah prepare dalam kereta, incase jadik camnih laa.. terjumpa kengkawan kat memana. Malam tadi pun selisih ngan Rizal, tokey ITUTOR, kat pejabat pos gombak. Dia ngan bini, anak dia. Sembang kejap, pehtuh terus hulur kad. Heh!

Iskkk.. hari hujan kat luar. Ekon kat opis nih lak dah macam dalam peti ais. Ntah sapa la pakai "kulit biawak" kat sini.. sejuk! Tapi, maybe pasal orang tak ramai kat area aku, ramai yg kena hantar gi kursus. Tu yang kurang haba tuh.. heh!

Bergayut sakan..
Start dapat kad ari tuh, aku mula "main" talipon. Call sana, call sini.. mintak alamat depa, sesambil tuh jemput sama.. hmmm.. zaman la nih payah betul, memasing cam dah pakat, "Kau datang kenduri aku, aku datang kenduri kau!". Kira dah jadik amalan dah nih.. pastu, kalau jemput guna orang tengah, sedap je kata.. "Kalau nak aku datang, jemput la sendiri, pakai jemput2 camtu je malas la aku". Hek eleh!! Ndak je aku jotos kepala org2 yg kata camnih.. tak patut sunggoh! Takkan tak paham kot, yg org nak berkenduri tuh, bukannya perfect sangat nak ingat semua orang.. sure ada 2-3 orang tertinggal dari list.. sebab tuh la bila hantar kad tuh, pengantin siap pesan "mana2 yg kau rasa aku kenal, kau jemput la sekali ye!". At least, ada jugak ingatan yang mejemput tuh utk kengkawan yg dia tak teringat nak dimasukkan dalam list.. ntah la, zaman la nih.. nak berkira sangat, payah.. tak berkira, orang pijak kepala.. penin penin!

Malam tadi aku try call Rizal, member aku masa kat KMKN + UUM. Mamat nih dah jadik cikgu, mengajar kat Negeri Sembilan. Puas dah aku try carik dia nih.. takde respon. Aku pon dah maleh benornyer, tapi bila pikirkan aku nih nak kawen.. elok le aku bagitau sama. Lagipon aku ngan dia used to be good friend masa belajar. Heh! Habis belajar, habis semua.. Dah dapat call tuh, tak berjawab.. dah 2 hari berturut2 aku call, tak jawab2 gak.. sudahnya aku tinggalkan msg.. kata kalau dia dpt msg aku, suruh buat miss call..

Takde gak respon.. aduihh!! Hangin dah aku.. lantak la! Kad utk dia nih aku hantar kat umah dia je laa.. dapat ke idak, lantak! Malas nak pikir.. heheh! Tu dah bengang lah tuh.. alih2, pagi tadi masa tengah gosok baju.. dengar bunyik sms sampai. Aku dok target tunang aku je, hehehe.. malas nak berenti gosok, aku biarkan je lah dulu.. sudahtuh, aku check.. rupanya si Rizal yg hantar mesej. Mamat nih tinggalkan hp kat umah rupanya.. apa raaa.. beli hp tapi tinggalkan.. serupa tak yah pakai hp... hehe! Tapi rasanya ayat nih cam kena balik kat aku laa.. ahaks!

Malam nih nak sambung balik aktiviti main talipon nih.. aku pun nak berenti jap, nak gi solat.. eh! jam dah tak jalan pulak.. isk!

Jom gi solat.. :)

Recalling the memories
Okesss.. sambung balik. Ni citer belah malam lak nih.. heheheh! Aku sambung balik aktiviti "ops talipon" aku lepas maghrib.. tipon sorang, taksah kalau kurang dari 10 minit.. main teka2, gurau2, manja2.. hahah! Jangan marah ye cik tunang.. :) Tapi aku happy jugak, sebab aku dapat contact kengkawan aku yang aku dah tak jumpa banyak tahun, especially classmates aku masak kat Kuala Nerang. Aku dapat call Izlin, Wawa, Farhana, etc. Opss! Pompuan jek? Takde laa.. yang lelaki kebanyakkannya aku dah ada no tipon, so tak kesah laa.. bebila masa bulih tipon. Heh!

Yang lawaknya, tak sorang2 kata suara aku berubah! Keh keh keh! Aku rasa, aku dah "tukar" suara lama dah.. heh! Apa raaa.. sorang nih kata, suara aku dah lain, pelat pon dah lain.. pelat more to Kedah punya loghat. Gelak besar aku. Tak tau nak kata apa laa, sebab yang kata tuh pon orang Kedah jugak. Jadik, kalau dia dah kata cam tuh.. kira ya lah tu kot. Hehehehe! Sorang nih pulak, selamba je dia kata, "..suara kau lain la, suara orang nak kawen memang camnih kot?!". Ada kaaa.. ikut suka hangpa laa.. jangan kata aku buat plastic surgery sudah..

Actually, loghat Kedah nih pun satu masalah gak kat aku. Bukan apa, bakal org rumah aku org sana.. pehtuh dia kata, keluarga dia memang pure Kedah. Hmmm.. aku risau jadi cam kes aku duduk ngan keluarga angkat aku kat Kuala Nerang dulu. Tak paham! Blur je muka aku bila borak ngan mak angkat aku, ngan abah angkat okay jee.. sebab dia dah biasa jumpa ngan orang luar. Tapi, Insya-Allah.. lelama bulih le tuh. Nanti dah kawen, kena set hari laa.. hari senin cakap minang, hari selasa cakap kedah, hari rabu cakap omputih.. perghh! Meriah nya keluarga.. hahahahah!

Finally, aku dapat gak call si Rizal. Lama kami borak.. memacam. Dekat setengah jam borak ngan dia jee.. nanti dia nak datang KL, sebelum balik ke Kelantan bila dah habis kursus nanti. Tak kisah la, jimat dah duit stem aku nak bagi dia kad.. hahah! Teruk tul aku ni, tuh pun nak berkiraa.. heheheh!

Elok aku lelap je mata, tipon aku bunyi.. sms. Sapa la pulak nih, no tuh dari Johor. Siap pangge aku "mate". Siapa pulak roomate aku asal Johor nih? Setau aku rumet2 aku sepanjang aku merantau, yang ada dari Kelantan, Pahang + Gombak. Aku reply je la, kata aku sehat (dah org tanya kaba). Pastu tanya sapa.. dahtuh aku sambung tido.. tak lama tuh bunyik lagi tipon, mamat tuh call plak.. iskk, mata aku dah cam mata labi2, kuyu menahan ngantuk. Dari biar memekak jee.. aku jawab! Laaa.. rumet aku kat UUM rupanya, si Badrulazam. Heh! Bila masa plak dia pindah Johor ni, walhal orang Kelantan. Mamat tuh sambung belajar laa.. hmm.. seminit kot sempat borak, pehtuh putus! HP aku dah abis bateri.. heheh! Elok sangat lah tuh, bulih aku sambung tido dgn amannya.. heheh!

Zzzzzzz.......

You Might Also Like

0 comments

Press

press