Pagi yang syahdu & mak andam

April 12, 2002

"Jangan aku dihina, hanya kerana aku penganggur..
Jangan kudilupa, hanya kerana aku penganggur.."

Hehehhehe! Aku dengar lagu nih tadi on the way nak gi kerja.. teringat cerita tunang aku, kawan dia sorang nih cukup sensitif dengar lagu nih. Baru dengar sikit je, dah tau dah.. "Ni lagu kutuk aku la nih!". Ahaks! Kesian kat member tuh, dah berapa lama dah grad, tapi tak dapat2 gak kerja.. buat masa nih dia kerja kontrak ngan Kementerian Kesihatan. Tak secure! Carik kerja lak, takde yang lekat..[break]

Pagi yang blues.. heh!
Masa minum pagi tadi, abah tanya kat aku pasal keadaan "ekonomi" aku. Biasalah, dah tanggungjawab dia sebagai abah. Hmmm.. aku pun tak reti nak kata camana..

"Camana Jam? Semua barang2 dah habis beli? Kasut ke.. apa ke?", abah start.

"Tak banyak lagi.. sikit je!". Heheheheheh! Sikit? Terpaksa cover.. "Mana yang ada je lah bah, dapat beli, Ijam beli la..", sambung aku. Korang rasa ada unsur2 yang tersirat tak dari ayat aku nih? Hehe!

Senyap. Pastuh abah sambung, "Mana boleh mana yang ada je, kalau tak cukup duit, bagitau.. bulih pakai duit abah. Abah tau la, hutang lagi nak bayar, belanja kawen lagi. Kalau nak, bagitau.. nih tidak, menung sana, menung sini..". Opsss! Abah perasan laa.. heh! Amenda la aku, anak dia.. duduk depan dia.. takkan tak perasan! Bila abah kata camtuh, tu yang aku rasa syahdu jee... iskkk!

Bukan aku taknak bagitau, nak sangat2! Tapi, rasa malu aku lagi tebal! Mana tidak, aku dah kerja lebih kurang 2 tahun. Tapi makan minum aku abah tanggung, umur abah dah nak dekat 60, masih kerja.. apa korang rasa? Aku segan, malu.. tak dapat nak tolong abah ngan mak. Takat yang aku bagi bulan2 tuh apa la sangat.. ikutkan, banyak dah abah "hulur" untuk belanja kawen nih.. abah aku takde pon kata suruh ganti, sudah2 dia kata, "Duit nih abah carik memang untuk korang adik beradik!". Hmmmm.. takke dalam dilema tuh!

Sudahnya abah kata, "Takpe, esok abah bayarkan duit kad jemputan kau!". Aku ada kata kat abah kelmarin, yang kad aku siap ari Sabtu nih. Hmm.. nak tolak? Keh keh keh! Hangpa ingat aku nih baik sangat ke? Dengan senyum lebar aku ngangguk, menandakan "cayalah!!".

Kusangkakan kakak, rupanya abang daa...
Semalam, aku ngan tunang aku gi kedai baju pengantin kat Taman Melati. Nak sewa baju le untuk hari bertandang kat umah aku nanti. Masuk je kedai tuh, tetengok kat satu patung tuh, dok sarung baju lawa lak. Cam pakat2 je ngan tunang aku, memasing terus berkenan. Ahaks! Cinta pandang pertama, hehehe.. cam aku ngan tunang aku dulu gak la! ::tersipu:: Terus kenan, walhal sebelum nih beria nak ambik baju songket.

Kira okay gak la baju tuh. Baju apa? Kaler apa? Pesen apa? Hehehe.. datang le kenduri kawin aku sok, tengok lee.. heheh! Opp! Lupa lak.. yang "kusangkakan kakak, rupanya abang" tuh, hehehe.. merujuk pada "mak andam". Korang pon rasanya bulih agak la kan.. malas aku nak cerita panjang, kang buat modal carik dosa kering jee.. hehe!

You Might Also Like

0 comments

Press

press