KMKN : Nostalgia

March 30, 2006

Sembang ngan bayam kat YM, tetiba mamat tu sentimental lak. Ahah! Mat bunga jiwa jiwa la tu. Eheh! Dia ingatkan aku, pejam celik pejam celik, rupanya kami dah berkawan dekat 10 tahun. Bukan takat berkawan camtu jek, sampai sekarang masih berhubung antara satu sama lain. Semuanya bermula dari Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN), Kedah. Yang kami banggakan, boleh kata kebanyakkan kami (bekas pelajar) masih lagi berhubung antara satu sama lain.

Jadik, aku ngan bayam pakat nak buat entry khas untuk KMKN. Eheh!


Kronologi perjalanan ke KMKN
Tahun 1994. Masa tengah menunggu keputusan SPM, aku ngan bebudak MARA (mostly bebudak MRSM) kena hantar berkursus bahasa inggeris. Aku tercampak nun ke Kuantan, walhal kengkawan aku yang duduk satu kawasan ngan aku (Gombak), gelak besar sebab kena hantar tak jauh pun dari rumah masing2. Ces!

Kununnya kursus intensif 3 bulan nak kasi bebudak pandai cakap omputih, hampeh! Tak ke mana pun. Masa ni dah mula kenal beberapa orang yang bakal jadi kawan aku kat KMKN. Antaranya, Fauzi ngan Zamzarina (ni yang paling aku ingat la). Tapi takat kenal rupa je la. :)

Hujung 1994. Lepas raya, keputusan SPM diumumkan. Aku yang tak berapa konfiden ngan keputusan yang bakal aku dapat, macam nak tak ndak jek pegi. Eheh! Ye lah, masa trial aku dapat aggregate 24, penghujung untuk pangkat 1. Siap kena sound lagik ngan cikgu depan mak bapak. My waterface drop you know. Nasib baik tak memberontak, maklum la zaman tu budaya respek cikgu tu tinggi lagi. Eheheh! Tapi takpe, aku tau sebabnya aku dapat keputusan camtu. Sebab masa tu enzim dan hormon terlebih, gatal nak ngurat anak dara orang. Ahah! Hilang concentration kat study.

Bila nak gi ambik result tu, aku bermalam kat rumah Esa, classmate aku kat MRSM Muar yang kemudiannya sama jugak ke KMKN. Alhamdulillah. Keputusan SPM aku melayakkan aku untuk apply masuk universiti. Eheh!Sesi mengisi borang la paling bosan. Banyak gila borang aku ambik.

1995. Offer dari ITM (sekarang UiTM) yang first sekali sampai. Macam pandang tak pandang jek, sebab persepsi aku pada ITM masa tu, macam dorang ni second class. Eheh! Sorry kalau ada yang kecik ati, aku tau budak ITM banyak lagi yang power dari aku, tapi itu lah hakikat nya masa aku dapat offer tu. Salah satu faktornya, perkataan "institut" yang ada kat ITM tu lah. Compare ngan "Universiti", tentulah "institut" tu nampak lekeh. Eheh! Aku masa Form 3 lagi dah masuk institut. Betul! Tak tipu! Institut Hasni, tempat aku tuisyen kat Jalan Tunku Abdul Rahman tuh. Eheheh!

Pastu dapat surat sampul besar, hati berdebar-debar. Ada cop Universiti Utara Malaysia (UUM). Gulp! UUM memang pilihan pertama aku masa isi borang. Sebab apa aku tak ingat, tapi rasanya sebab aku tau pasal UUM lebih banyak dari U yang lain. Mana taknya, makcik aku ngan cousin aku pun belajar sini. Eheh! Tapi rasanya, tarikan aura bakal bini yang lagi kuat menarik tuh. Kui! Nak jadik cerita, cousin aku si Fadhil (sekarang Kapten tu) pun dapat offer ke sana. Eheh! Agaknya suku sakat family aku nih memang ada "MoU" ngan UUM ni kot.

Dalam surat tu, kami kena report diri ke KMKN. Itu lah pertama kali aku dengar perkataan Kuala Nerang. Kolej MARA, yang aku tau ada kat Banting ngan Kulim jek. Lantak. Dengan map tak diattachnya. Family aku memang betul2 clueless pasal Kuala Nerang nih.

Middle 1995. Bermula la episod hidup aku kat utara tanah air. Sebelum tu, seumur hidup aku baru sekali je sampai ke Kedah, itupun aku tak ingat bila dan ke mana. Jadi, ada rasa cam teruja jugak la sebab nak jalan jauh.

Jauh. Memang jauh. Naik hijau muka aku duduk bersempit-sempit dalam van Litace abah. Tapi sebab semangat nak masuk u, kugagahi jua. Kui! Dah terbayang2 dah dalam perjalanan tu, camana rupa bilik aku, camana la agaknya rupa kelas aku. Siap terbayang tu cerita Ali Setan. Kan cerita tu ambik gambar kat kawasan universiti (USM). Lebih kurang camtu la agaknya nanti KMKN.



bersambung.....

You Might Also Like

0 comments

Press

press