500 datang lagi!

April 13, 2006

Ya! 500!
Angka keramat itu datang lagi!
Angka yang jika ditambah dari yang diperoleh sebelumnya, masih belum dapat lagi menampung hutang piutang yang sarat keliling pinggang.

Aku kompom, tersenyum mesra ahlong rambut perang tercacak kalau tau masalah aku.

Angka keramat, ditambah pulak dengan janji keramat.
Janji2 yang mengatakan masalah akan selesai dalam 3-4 bulan lagi.
Kalau tak silap 3-4 bulan lepas, dialog yang sama aku dengar.

Ah! Aku nekad.
Faktor menolak lebih kuat dari faktor menarik.
Menarik, takde yang betul2 menarik yg aku berkenan. Tapi ada yang menanti.
Menolak, dah lama membuak2. Dah malas nak tunggu. Dah bosan menadah.

Macam mana? Apa keputusan?

Tawakal.

You Might Also Like

1 comments

  1. tawakal dan redha...
    as in qaisy & laila...

    ReplyDelete

Press

press