English

April 26, 2006

Aku mungkin dah pernah cerita camana aku belajar bahasa inggeris sebelum nih. Malas pulak nak cek entri yang mana. Memang tak ikut cara yang sepatutnya, tapi boleh la jugak diguna pakai. Camana? Direct translation.

Cara dia mudah je, bila aku nak pahamkan sesuatu ayat bahasa inggeris, aku akan buat terjemahan terus ke bahasa melayu, setiap patah perkataan sebijik sebijik. Kalau kena ayat mudah, okay lah. Tapi kalau ayat yang berjela panjang, aku pun pening kepala apa yang aku nak translate kan tuh. Kui! Tapi lelama, reti la sendiri. Cikgu pun dah ajar camana. Kawan2 yang english nya berabuk pun, ada jugak bagi tips yang membantu.

Kenapa la pulak topik english jadik pilihan aku?

Eheheh! Aku ada dapat satu email, email lawak. Kisah seorang awek melayu yang frust dengan kecurangan boipren mat salehnya. Oleh kerana tak terluah dengan kata, awek tu pun tulis surat/email dalam bahasa inggeris untuk x-boiprennya tuh.

Hi, my motive write this letter is to give know you something.

I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook.

I know i clap one hand only. Correctly, i have seen you and she together at town with eyes myself. you always ask for apology back back. I don't trust you again!!! You are really crocodile land.

My Friend speak you play wood three .. Now i know you correct correct play wood three. so,i break connection to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. I don't want you to play play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times

....Safe walk .....


Kah! Kah! Kah! I will do the translation.

Haii, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu kamu sesuatu.

SAYA MAHU MEMUTUSKAN HUBUNGAN KITA. Saya telah memikirkan tentang hal ini semasak-masaknya.

Saya tahu saya hanya bertepuk sebelah tangan. Sebenarnya, saya ternampak kamu dan perempuan itu di bandar dengan mata saya sendiri. Kamu selalu meminta maaf balik-balik (?). Saya sudah tidak percaya kan kamu. Kamu memang buaya darat!

Kawan saya cakap kamu bermain kayu tiga. Sekarang saya tau kamu betul-betul main kayu tiga. Jadi saya putuskan hubungan untuk menarik diri dari cinta segitiga ini. Saya tahu keputusan yang saya ambil sangat betul, kerana kamu menyintai dia lebih tinggi dari saya. Jadi, saya akan pergi jauh dari sini. Saya tak mahu kami bermain2 dengan hati saya. Saya menangis sehingga tidak ada lagi air mata memikirkan tentang kamu. Saya tak mahu pisang berbuah dua kali.

....Selamat jalan .....


Ahahaha!

You Might Also Like

1 comments

  1. ayat tunggang terbalik..tp guna ayat 'i have been' tu...giler padu grammar..ahahah

    ReplyDelete

Press

press