Tukar kerja?

April 10, 2006

Semalam, kelas terakhir untuk semester ni. Semester 2. Lega? Tak jugak. Ada lagi assignment yang tak siap. Nak kena hantar hari Sabtu nih. Ahli kumpulan 4 orang, yang buat kerjanya berdua. Sorang lagi rakan lelap. Yang satu lagi, rakan air liur. Idea jek kemain, buat kerjanya tidak. Tension.

Lagi 2 minggu, nak mengadap exam pulak. Final. Wish me luck.

Kelas pun habis awal semalam. Awal 2 jam dari yang sepatutnya. Kononnya nak balik dah la, nak tido, nak rilek2 ngan anak bini. Tapi tak jadi. Ada sesi perbincangan hal-hal keduniaan ngan kawan sekelas. Eheh! Sambil2 minum teh tarik, berborak pasal study, politik, Melayu, MLM then career direction & planning.

Dari pukul 4 sampai ke pukul 6.45 pm, kami tersadai kat cafe UTM tuh. Borak sakan, macam lah lama sangat tak jumpa. Tapi aku seronok. Bual kami bukan bual kosong. Bual yang "berisi", isi2 yang lebih menjurus ke benda2 keduniaan lah. :) Aku paling enjoy bila kami borak pasal bab2 kerja.

Masing2 dah bosan, kalau boleh la disimpulkan, tak larat nak kerja dalam bidang IT lagi. Nak cuba sesuatu yang baru, sesuatu yang lebih bersifat long term. Timbul lah idea nak meniaga sendiri. Bukan lah idea baru, sebab masing2 memang ada terpikir dah pun nak bukak bisnes sendri. Cuma tak de langkah pemula jek. Macam dah satu kepala, kami nak cuba masuk line agriculture. Eheh! Jadi petani berjaya, petani moden. Ndak2, PM skang pun dok focus kat pertanian. Kena sangat lah!

Macam2 idea kami share dan bincang. Nampak menarik. Cuma kena ada effort untuk pastikan benda2 nih betul2 relevan. Kena brainstorm untuk tau apa yang perlu, apa yang tak perlu. Aku cukup berkenan. Aku suka. Dan aku rasa, tak mustahil aku akan proceed ngan plan nih. Bukan dalam masa terdekat. Mungkin secara serius dalam tempoh 3-5 tahun lagi. Sebelum tu, buat langkah2 persediaan awal. Kumpul modal. Habiskan master dulu, eheh!

Yup! Aku nak cuba. Aku pun dah bosan kerja mengadap pc tiap hari. Kena ada perancangan yang betul.

Berusaha lah!

You Might Also Like

0 comments

Press

press