Zoo Negara

April 18, 2006

Amaran sopan santun : Entry yang cukup tak mencabar minda kreatif penulis. Eheh! Macam la sebelum2 ni punya entry mencabar. Kui!

Aku ke zoo negara lagi.

Kali ni kami 4 beranak. Eheh! Minggu baru ni, takde kelas. Sabtu dah sibuk siapkan assignment dari pagi sampai ke pagi. So, Ahad tu plannya nak duduk kat umah jek. Tapi kesian pulak to my family, lama sangat dah terperuk kat rumah tak dapat berjalan. Haris cukup excited bila cakap kat dia nak keluar berjalan.

Pukul 10.30 pagi, kami dah terpacak kat depan pintu masuk. Untung jugak, sampai2 je dah nak mula animal show. Boleh la, ada jugak la aksi2 tak menjadi. Ada burung kakak tua, ada anjing laut, ada orang utan. Overall, tak la berapa mengujakan tapi cukup la buat Haris seronok. Hanim? Kebosanan. Ahahaha!

Kami berjalan penuh keliling zoo. Haris ntah berapa kali mintak nak naik keretapi/tren. Tak dapat2, manjang penuh. Kena la upah dia ngan aiskrim. Sampai la dah nak cukup satu pusingan, dah nak sampai pintu keluar, baru kami dapat peluang naik tren tuh. Okay la, takut Haris kempunan jek. Hanim lak best jek landing tido.

Balik umah, singgah beli pizza. Sampai umah, makan2 pastu solat, pastu tido.

Itulah kisah saya dan keluarga saya pada hari Ahad yang lepas.

Terima kasih.



Pentas




Haris ngan Unta




Haris bagi rusa makan sabun, eh lobak! :)



Lagi gambar

You Might Also Like

3 comments

  1. siut..idea makan sabun tu mmg kejam. sakit perut wa gelak ni.

    ReplyDelete
  2. leh ganti My Australian Adventure... nama dier, My Zoo Negara Adventure With Haris....

    ReplyDelete
  3. bestnya gi zoo negara...aku dah dekat 30 tahun tak jejak zoo negara tu. night safari kat zoo taiping jer...kat Egypt ni tak try lagi gi zoo...

    ReplyDelete

Press

press