Akademi Fantasia

May 22, 2006

Masa tengah sembang2 ngan ummi, ummi ada celah.

"Sabtu lepas ada Tirai Akademi".

Ummi bukan la peminat AF. Tapi benda dah kecoh satu Malaya, kira cam "kena" jugak la ambik tau. Tahun lepas, kami buat pertama kali follow AF ni dari mula sampai akhir. Takde la setiap episod, tapi boleh kata semua nya kami tengok. Ni, tak lama lagi dah nak mula siri yang ke 4.

"Ah! Tahun ni kita toksah tengok! Buang masa jek!"

Pergh!! Jawapan spontan aku kat ummi. Ummi gelak. Aku pun gelak.

"Ummi kalau nampak abah tengok, ummi tutup tv!". Aku tambah lagi.

"Kalau tengok jugak?"

"Ummi cium abah!"

Ahahahahahhaha! Terburai gelak kami laki bini.

Tapi serius, aku tak mau dah tengok rancangan2 lagho nih. Nak kurangkan tengok tv nih. Terlampau banyak sangat hiburannya lately. Jiwa kacau!

You Might Also Like

0 comments

Press

press