Ibu

May 03, 2006

Aku dapat email entah dari siapa ntah. Tak kenal langsung. Bukan kategori SPAM, sebab penghantarnya orang Malaysia. Takpe la, selagi content email dia tak "liar", aku diamkan jek. Kui!

Hari ni, email dia pasal jasa IBU. Menarik.

Bukan surat berantai hanya sekadar mengigati jasa IBU

SAYANGILAH IBU KAMU

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah Keseluruhan : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum,pakaian & keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's next? My Mother! Who's next? My Mother!

Jika kamu menyayangi ibumu,"forward"kanlah Email ini kepada sahabat-sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10 lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu dan juga semua orang!


Semoga kamu berjaya dalam apa pun kerja (yang baik)kamu lakukan dan murah rezeki.

Memang tak terkata pengorbanan ibu. :(

Oh! Yang aku strike out tuh, mmg ingat memula nak delete terus. Tapi tak jadi sebab nak tunjuk kan betapa "ceteknya pemikiran" kepada yang meletakkan syarat2 surat berantai tu. Senangnya nak jatuh hukum! Bodoh!

Dari sedih2, terus aku bengang!

You Might Also Like

0 comments

Press

press