Kahwin

May 02, 2006

Ahad lepas, kami ke majlis kenduri.
Kawan opis Syah masa kat MOH dulu.
Macam biasa, pegi kenduri mesti lah makan-makan.
Pastu sembang2 ngan kengkawan.
Perut dah penuh, kami pun balik lah.

Dalam kereta, aku saja lah tanya Haris.

"Haris pegi mana ni?"

"Aik ka umi"
Terjemahan : "Naik car ummi"

"Iye? Haris pegi kenduri kahwin la"

"Awin?"
Terjemahan : "Kahwin?"

"Ha'ah"

Senyap. Aku pun sambung drive.
Syah kat sebelah peluk Hanim.
Kami sembang sambil aku drive kat jalan kampung pandan tuh..

"Bah.. bah!"

Haris panggil. Dia kat seat belakang.
Aku tak toleh, tapi menyahut takat sebut "hmm" je.
Dia panggil lagi. Biasalah tu, selagi tak toleh.

"Bah.. bah!"

"Ye?"

"Abang nak awin!"

Warghahahahahahah!
Tergelak besar aku ngan Syah dalam kereta.
Haris nak kahwin tuh. Sakit perut aku gelak.
Ada sesapa nak volunteer jadik menantu aku? Eheeheheh!

Haris.. haris!
Cute betul lah anak abah sorang nih. Kui!
Tapi tunggu la dulu ye nak.. tido pun pakai diaper lagi, camana nak kawen.

:p

You Might Also Like

4 comments

  1. abah..saya volunteer nak jadi manantu abah..lulus tak???
    wawahahahhahawaaa

    ReplyDelete
  2. miahahhaha!
    bulih.. bulih.. tapi abah kena buat test plan dulu.. miahahah!

    ReplyDelete
  3. haha.. sampai gak seru haris rupenyer.. kehkehkeh.. ader kene isi form ker apa ker? url dier?

    ReplyDelete
  4. Takpe... akak leh tunggu haris umur 23 tahun... aci tak pak cik??? muuehheheheh

    ReplyDelete

Press

press