Ulang tahun

May 26, 2006

26.05.2002
4 tahun. Dah 4 tahun usia perkahwinan aku dengan Syah. 4 tahun, walaupun masih baru tapi bahagia. Bahagia dianugerahkan seorang isteri yang sanggup menerima kekurangan diri. Sanggup berkongsi hidup tanpa kemewahan yang melimpah. Sanggup berjerit perih untuk melahirkan anak2 untuk dibin/binti kan dengan nama Sharulnizam.

Kalau time ni 4 tahun yang lepas, aku acting cool bila berkumpul di masjid Padang Kandang. Waktu dah nak hampir Zohor. Sepupu sepapat dah mula naik syok nak peleceh aku. Eceh! Sikit pun tak heran. Acting cool. Tapi bila nampak kelibat Syah dalam kereta masuk ke masjid, hati berdebar.

Tapi, semua tu tak ada apa. Bila tangan tok kadi digenggam, lafaz keramat lancar disebut tanpa perlu diulang. Kui! Kami sah diisytiharkan sebagai suami isteri. Berdua di awal tahun, bertiga di hujung tahun pertama perkahwinan. Sekarang, dah 4. Eheheh!

Untuk Syah, terima kasih. Terima kasih untuk menjadi isteri. Terima kasih untuk menjadi ummi.

Happy annivesary, sayang!


26.05.1950
Mak. Hari ni genap hari jadi mak yang ke 56. Kejap betul masa berlalu. Kejap betul umur mak dah bertambah. Semua anak pastinya akan kata, "mak aku yang paling bagus di dunia". Betul. Itu jugak la ayat aku akan katakan. Mak lah yang terbaik di dunia. Mak la tempat aku mengadu. Mak la yang terbaik.

Antara mak dengan abah, abah lah yang paling jelas dalam menunjukkan sayang. Tapi abah jugak lah yang garang. Mak lain. Mak cool. Mak rileks jek. Mak tak garang. Mak tak manja2kan anak. Mak selamba. Mak tak ambik "pot" pun bila orang dok "buli2" mak. Mak selalu kata, "biarlah". Anak2 mak pulak yang jadi geram. Mak taknak panjang cerita, kami lak yang lebih2. Eheh! Mesti lah, kami anak mak. Siapa buli mak, kami tak kompromi.

Hari ni mak dah 56 tahun. Apa yang aku bagi pada mak? Takde apa pun. Masih tak cukup kalau aku himpunkan semuanya untuk mak. Tapi masih memintak. Mak doakanlan supaya kami anak2 mak, menjadi anak yang soleh dan solehah. Jauhkan lah sifat derhaka dalam hati kami. Doa mak doa mustajab.

Ijam doakan mak dan abah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan untuk beramal ibadah.

Selamat ulangtahun, bonda!

You Might Also Like

1 comments

  1. aik, kawin sama time ngan bro salman la plak, hehe

    ReplyDelete

Press

press