menimba ilmu vs belajar menimba

June 26, 2006

Alhamdulillah. Akhirnya settle jugak program seminar anjuran kami sekelas. Letih, tapi berbaloi. Komen2 yang kami dapat, sama ada dari pensyarah, peserta dan jugak sesama kami sendiri, semuanya berbau positif. Wangi! Bangga!

Walaupun ada kekurangan sana sini, semuanya memang dijangka. Ahli jawatankuasa yang ada pun, main tangkap sumbat. Sapa boleh buat, letak nama. Sapa tak boleh, atau sapa yang rasa tak nak participate, duduk lah diam2. Itu pilihan sendiri. JANGAN NAK COMPLAINT kalau kerja yang disumbang setakat 2-3 minit. APPRECIATE penat lelah ahli kumpulan yang sanggup bersengkang mata, berjaga, ke hulu ke hilir menyiapkan tugasan. Bukan nak mengungkit, tapi bila dah letih pastu dengar pulak suara2 sumbang, setan mana yang tak suka? Habis setong minyak dicurah, meluap2 lah rasa marah!

Istighfar.

Hari Jumaat sehari sebelum acara, ramai jugak antara kami yang ambik cuti. Siapkan itu ini. Pergh! Kagum dengan komitmen kawan2. Aku pun, bila dah tgh hari baru nak apply "Emergency Leave". Eheh! Stended la tuh. Tapi aku cakap direct jek ngan project manager & department asst manager. Aku nak ke sekolah (UTM). Ada urusan penting. Dorang pun okay jek. Senang, malas nak tipu2. Kang kalau kantui, buat naya jek. :)

Ingatkan dah tak banyak benda nak buat. Rupanya meleret2 sampai ke tengah malam. Er.. sampai ke pagi sebenarnya. Pukul 1.30 am baru memasing beransur balik. Kununnya nak berkumpul semula pukul 7 pagi, eheh! Aku sendiri sampai 7.45 am. Terbabas! Mengantuk betul.

Sepanjang majlis, semuanya berjalan lancar. Walaupun persediaan kami boleh dikategorikan last minute, Alhamdulillah semuanya terkawal.

Cuma, aku ralat. Sikit terkilan. Aku tak dapat join aktiviti sepenuhnya. Keynote speech, track/group ativities, forum semuanya aku dapat masuk kejap2. Frust! Ye lah, kena la jugak ada yang kawal sana sini. Walaupun semuanya terkawal macam yang aku cakap, langkah pencegahan kan perlu? Tapi takpe lah, ada rakaman video. Harapnya clear lah hasilnya nanti.


Pengajaran
Banyak yang aku belajar dari aktiviti ni. Dari segi pembahagian kerja, walaupun sudah dipertanggungjawabkan, ketua kena lah selalu pantau. Pantau, bukan setakat tanya "apa status?". Pantau, tengok sekali resultnya. Betul ke dah jalan apa yang disuruh. Dasar "percaya kawan" tak boleh dipraktikkan sepenuhnya dalam kes macam ni, terutamanya waktu2 kritikal. Walau macam mana rapat sekali pun, kena jugak di"sergah" bila perlu. Cumanya kena lah berhemah. Tak boleh la main terjah. Kita kan ada budi bahasa. Eheh! Berpesan pada diri sendiri.

Apa yang dirancang, tak semestinya yang terbaik. Betul. Kadang2, perkara yang tak dirancang boleh jadi penyelamat. Jadi, tak perlu bersedih sekiranya apa yang dirancang tak menjadi. Yang penting, sediakan payung sebelum hujan.

Jangan berkira bila membuat kerja. Ikhlas. Sumbanglah setakat yang termampu. Aha!

Untuk pelajar, kalau buat kerja/tugasan tu, jangan dikira berapa jam kredit atau pun gred. Memang penting juga, tapi ada masanya pemahaman dan aplikasi lebih utama. Memegang kata Encik Azli Paat, salah seorang panel forum kami, "tempat pengajian BUKAN tempat menimba ilmu, tapi lebih sesuai dikatakan tempat belajar menimba".

Toing! Ayatnya "puitis". Terasa kepala berdesing diketuk suruh berpikir. Betul jugak. :)

Tapi, itu lah. Aku tetap seronok. Aku puas hati. Apa pun keputusan yang nak diberi pensyarah, aku terima. Yang penting, aku dapat belajar menimba.

Penghargaan
Terima kasih rakan sekelas.
Terima kasih PM Wardah.
Terima kasih AITI.
Terima kasih hadirin seminar.
Terima kasih penceramah/panel forum. Encik Azmi Ahmad, Encik Azli Paat, Encik Fuad, Encik Mohd Zaki, Prof Dr Rose Alinda.
Terima kasih semua.

You Might Also Like

4 comments

  1. such a good experience for us. really enjoyed working with you guys.

    ReplyDelete
  2. Terkejut akak ade blog nie..

    ReplyDelete

Press

press