Sibuk

June 18, 2006

Lama betul tak berblog. Sibuk, macam biasa. Alasan yang paling kukuh. Kalut dengan kerja2 opis. Melambak-lambak, sampai dah tak larat. Balik rumah, nak sambung kerja2 sekolah pulak. Tapi tak pun terbuat. Blur. Lebih enjoy duduk melayan anak yang perangai masing2 memang memeningkan kepala semenjak dua menjak nih! Eheh! Lagi best, anak dok pasang cerita Finding Nemo. Best wooo.. tumpang sekaki. Ni dah kali ke berapa aku tengok pun tak tau. Kui!

Lepas exam final tadi, terus ke Low Yat. Berenam. Bersempit2 satu kereta. Err.. aku tak bersempit, aku berlapang duduk kat depan. Kesian kat mereka2 menahan napas (kunun leh shrink la) di kerusi penumpang. Ehehehe! Membeli belah menghabiskan duit yang ada tak ada. Sebijik wireless router, RAM DDR 512 mb bertukar ganti dengan wang bernilai RM 445!! Pejam mata, demi nafsu yang serakah! Ahahah! PC aku dah lembab laa.. kena la update. Tu bukan nafsu tu, tu keperluan. Tapi untuk wireless router, ehehehhe... jangan ditanya!

Tujuan asal, nak membeli beberapa barang untuk seminar yang bakal dianjurkan. Seminar? Ha'ah.. aku kena buat seminar! Err.. jap! "aku" tu rasanya bukan perkataan yang sesuai, sebab "aku" tu bunyiknya cam pemimpin gila kuasa. Eheh! Kami. Ya, kami pelajar2 MSc IT Management akan menganjurkan satu seminar untuk memenuhi keperluan kursus. Tugas aku? Entah la. Acting busy jek. Nantilah, kalau ada masa aku ceritakan pasal seminar tu nanti.

Jap.

Kepada sesiapa yang berminat nak join seminar ni, hantar lah email kat aku. Free. Makan tanggung. Ada door gift. Ada ramai awek cun, tidak kurang juga hebatnya pria2 malaya tersohor. Kat KL. Kalau berminat, nnt aku hantarkan email.

Eh! Dah pukul 11.25 malam. Belum Isyak lagi. Mata dah terkebil.

You Might Also Like

3 comments

  1. ehh ada awek cun.. nak g seminar bleh? hehehe

    ReplyDelete
  2. akram,
    sori la lambat update. Eheheh! Dah lepas dah pun seminarnya.

    bayam,
    rugi oo tak datang... :)

    ReplyDelete

Press

press