Perjuangan di hari Merdeka!

September 01, 2007


Bendera kat laman rumah kakak, umah sendiri takde! Kui!


Merdeka! Merdeka! Merdeka!


31 Ogos 2007. Malaysia menyambut kemerdekaannya yang ke 50. Terima kasih kepada pejuang-pejuang yang terdahulu. Budi kalian amat besar dan tak terbalas. Janji kami anak pasca merdeka, seboleh mungkin kemerdekaan ini akan dikekalkan berzaman lagi.

Aku dan keluarga, tetap di rumah. Memang "polisi" zaman berzaman, sebarang "perayaan" negara cukuplah disambut di rumah. Televisyen menjadi penghubung dengan alam luar. Bagi kami, bukan satu pilihan yang "bijak" untuk bersesak bergomol dengan manusia aneka ragam, semata-mata untuk melihat warna-warni di dataran. Pandangan di telisyen lebih menyeluruh.


Dugaan
Cuti 3 hari, sudah berlalu hari yang kedua. Tidak ke mana. Cuma semalam, dugaan datang lagi. Kala berdiri untuk solat Jumaat, dunia sudah rasanya seperti beralun-alun. Sambutan "amin" sesudah bacaan fatihah rasanya terlalu kuat. Kepala semakin pusing. Peluh menitis selaju mungkin, walhal kipas di atas kepala sekali loncat pasti tercapai dek tangan.

Alhamdulillah. Solat Jumaat tamat. Selesai memberi salam, segera ke luar masjid untuk mencari sedikit ruang. Tidak menunggu untuk berdoa bersama imam. Kepala makin berdenyut.Tak boleh jadi. Aku mesti segera pulang. Insya-allah, dapat rebahkan badan sekejap hilang lah pening tu. Mungkin sebab cuaca panas hari ni.

Sebelum balik, singgah ke kedai makan Sri Harmonis. Membeli lauk untuk makan tengah hari. Syah mahu bercuti masak hari ni. Menjengah lauk yang ada, aku pesan ikan sambal dua potong, gulai pucuk ubi sebungkus. Acik Dani mengangguk.
Orang pulang dari masjid makin ramai yang menyinggah.

Kepala sudah berdenyut kembali. Segera aku cari tempat duduk. Tak terbuka mata kali ni. Sakit berpinau. Acik Dani bertanya kenapa. Aku masih mampu menjawab. Disuruhnya aku pulang ke rumah mak, tak sampai pun 100 meter dari tempat aku duduk. Aku kata nanti lah dulu. Mahu bertenangan. Pembantu acik Dani menghulurkan minyak cap kapak. Aku sapu ke serata dahi dan kepala. Dan-dan tu juga seperti ada yang mahu keluar dari perut.

Segera aku beralih tempat duduk. Ke tempat yang paling hampir dengan longkang. Tak pasti, tapi elok lah bersedia kalau-kalau aku muntah. Terduduk lagi. Makin menjadi-jadi. Tak mungkin aku mampu berjalan ke rumah mak dengan keadaan macam ni. Segera aku telefon ke rumah mak. Adik menjawab. Aku suruh adik menjemput. Adik sampai. Iki, kawan adik pun ada. Abah, kebetulan berselisih di jalan waktu pulang dari masjid turut serta. Abang Ibas yang singgah membeli lauk pun ada. Semua berkerumun. Aku rasa lemas.

Uuuuukkkk.....

Uweeekkkkk...

uuuuuuuu.... uuuukkkk...

Terkeluar segala isi perut! Tidak banyak yang keluar, hanya epal yang aku makan di waktu pagi. Tapi perut tetap mahu meluahkan segala isinya. Sudahnya aku meluahkan angin. Senak perut. Itu pusingan pertama.

Terdengar suara-suara di belakang. Disuruhnya aku minum teh o. Mungkin perut kosong, sudah penuh dengan angin. Sekonyong datang teh yang dipesan, segera aku minum. Memang kebetulan aku dahaga. Dapat bertenang seketika. Memang tak lama. Sekali lagi perut meragam. Masuk pusingan kedua.

Uweeekkk....

Terhambur lagi pepejal hancur dan air dari mulut, dan hidung! Pedih! Aku dah tak larat. Makin lemah. Entah tangan siapa yang aku genggam, memang aku tak lepas. Sakit benar. Tangan menggigil. Kepala semakin berat. Aku tak mampu nak berdiri. Terdengar suara abah menyuruh adik sediakan kereta. Aku perlu segera dibawa ke hospital. Takpun ke klinik.

Aku dipimpin ke kereta. Tak mampu berdiri, apa lagi berjalan. Kaki ibarat tidak lagi bertulang. Mata tak terbukak. Aku mencuba. Tapi tanah ibarat ombak. Beralun-alun. Sampai di klinik, aku masih tidak mampu berdiri. Kerusi roda dibawa. Aku diangkat lagi. Terlalu banyak hentakan. Aku terkeleh ke kiri dan kanan.

Uweeeekkk...

Skali lagi! Angin dan air teh. Itu yang terkeluar. Aku segera dibawa berjumpa doktor. Masih mampu aku mendengar dan menjawab. Doktor memeriksa apa yang patut.

Keracunan makanan! Itu yang disimpulkan doktor. Aku tak peduli. Apa pun sakitnya, beri lah sesuatu untuk aku rasa lega! Doktor memeriksa lagi. Kali ini disuruhnya bukakan mata. Aku menurut. Ya Allah! Aku pasti benar doktor ada di depan mata, tapi yang aku nampak doktor ada di serata bilik. Di atas, di bawah. Berpusing-pusing!

Doktor segera suruh aku mengiring. Ada suntikan nak diberi, dan pilihannya di punggung. Berilah seberapa banyak pun, yang aku betul-betul mahukan sekarang ialah berbaring. Aku tak mampu bergerak lagi. Setiap kali aku buat pergerakan, setiap kali itu jugak aku muntah. Menoleh kepala ke kiri atau ke kanan, sudah menjadi satu seksa yang berat.

Selesai urusan di klinik, aku ke rumah mak. Kali ini abang Imi turut sama. Masing-masing menegur badan aku yang sejuk beku. Aku tak mampu nak bersuara lagi. Mak menyambut di pintu. Terdengar suara mak bergetar-getar sambil memimpin aku ke dapur. Terletak saja kepala ke bantal, aku muntah sekali lagi. Aduh! Perut makin kejang. Tak larat menolak angin dari tadi. Mak menyapu lagi minyak angin di kepala.

Aku makin hilang. Senyap. Sama ada aku pengsan atau tertidur.

Tepat jam 5.30 pm aku terjaga. Mak sudah berdiri di sebelah. Tercari-cari di mana anak dan isteri. Kata mak, Syah dan anak-anak ada di rumah. Anak-anak tidur. Mak hidangkan roti bakar. Disuruhnya makan segera, agar ubat turut cepat ditelan.

Aku cuba berdiri. Jauh benar bezanya berbanding tengah hari tadi. Kepala masih rasa pusing, tapi sudah mampu berdiri dan berjalan. Segera menunaikan Asar. Mahu segera pulang ke rumah.

Alhamdulillah. Hari ini sakit sudah kebah. Hanya kepala sekali-sekali masih terasa denyutnya. Harapnya esok sihatlah sepenuhnya. Mahu shopping di Jaya Jusco. Ehehehehehe!

You Might Also Like

2 comments

  1. kesimpulannya, epal yg kamu makan tu beracun la yer...hahahahha....selamat hari
    merdeka

    ReplyDelete
  2. ingatkan bahana baju ditiup angin :-)

    ReplyDelete

Press

press