TGONTG 4

November 02, 2007

Saya bingung. Saya resah. Saya dalam dilema.

Tak sangka. Cepat benar TGONTG sudah mahu masuk musim yang ke empat. Tahun 2007 memang tahun yang "happening" for my career. Semenjak February 2007, dah 3 tawaran aku terima. Tawaran pertama, bertahan 1 bulan. Tawaran kedua, aku tolak disaat-saat akhir, sebab begitu teruja dengan tawaran ketiga, syarikat W.

Bekerja di W betul-betul berlainan dengan nature kerja aku sebelum ni. Bekerja menguruskan manusia, jauh sekali bezanya dengan menguruskan kod-kod aturcara. Takpelah. Masih belajar. Itu satu, orang-orang di sekeliling pulak sama menyakitkan jiwa. Aku jadi "tidak sihat" dengan suasana macam ini. Inilah salah satu natijahnya bekerja di syarikat yang hampir 100% sebangsa.

Tapi, tidak jugak boleh disalahkan isu majoriti bangsa tuh. Ada juga syarikat yg majoritinya sebangsa, kekal kuat dalam industri. Yang pentingnya mindset. Yang utamanya, kepimpinan.

Kalau nakhoda nya pun tak pandai nak belayar, memang terumbang-ambing lah kapal, walaupun kat laut yang tenang!

Nanti lah. Nanti ada lah kesinambungannya TGONTG 4 ini.

:)

You Might Also Like

0 comments

Press

press