Masa untuk bersekolah, abang Haris!

December 27, 2007

Haris dan Hanim
Abang dan kakak

Minggu lepas baru terkocoh telefon Kak Yah, ustazah tadika al-khairiah. Bertanyakan hal-hal pendaftaran anak untuk bersekolah tadika.

"Ijam datang je kat sekolah ni, ambik borang. 3hb nanti datang kita bagi taklimat", kata Kak Yah.

Kak Yah bukannya orang lain. 2 pupu aku. Mak dia dengan mak aku sepupu.

Hmmm.. nasib baik pendaftaran masih terbuka. Aku sendiri yang lalai. Ambik mudah. Tak menunjukkan rasa excited anak nak sekolah. Tapi ada hati nak suruh anak jadik doktor. Hampeh punya bapak! :)

Aku borak dengan Haris. On the way ke rumah mak sebelum aku pergi kerja, memang aku lalu depan tadika al-khairiah. Aku tanya;

"Abang.. abang nanti nak sekolah kat mana?"

"Ha? Abang nak ulah tat itu aa.. bah!"

"Kat mana?"

"Tat itu.. tat ulah abil tu"

Eheh! Haris teruja. Jari telunjuk Haris runcing menunjuk tadika al-khairiah. Katanya nak bersekolah kat sekolah "abil". "Abil" tu Syabil. Sepupu Haris tua setahun. Anak kakak aku. Best friend dia kat umah. Tapi Syabil tahun depan nak masuk pra-sekolah. Haris ada Icah jek jadik kawan, anak abang aku. Ehehehe! Boleh la tuh.

Takpe lah Haris. Dah masuk sekolah nanti pandai-pandai la carik kawan. Jangan anti-sosial dah la. Kui!

Anak aku dah nak masuk sekolah dah. Huuu... cepatnya dorang membesar.

You Might Also Like

0 comments

Press

press