Terkini

April 22, 2008

Lama sangat tak jengok blog ni. Blog kengkawan pun lama tak singgah.

Busy la kunun-kununnya.

Tapi memang busy pun. Busy teramat. Sejak 2-3 bulan nih, takde satu hari pun kat opis yang boleh aku declare sebagai hari makan gaji buta. Gaji buta ni ikutkan maksud dia, kita acting kerja tapi sebenarnya tak buat kerja pun. But in my case, dah lah weekday kerja dari pagi sampai ke malam, weekend pun kerja jugak. Kerja on weekend pulak bukannya dibayar gaji. So, bolehkah dikatakan dengan hipotesis yang mudah, aku ni makan gaji celik? Kui!

Tuntutan kerja yang melambak dan menimbun, memang memenatkan. Sampai satu tahap, aku lost! Totally tak larat. Aku jadik weng. Ada la dalam 2 minggu aku macam mengong jek. Datelines, deliverables semua tu buat tak tau jek. Perang email, phone, sms semua tu takat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Selamba lak tu ngan Vice President ke, COO ke, lantak korang la. Dateline semua bagi syiok sendiri.

Kalau aku siap, aku hantar. Kalau tak siap, korang nak jerit ke apa ke, apa dulik aku! Kui!


Bibik
Alhamdulillah. Masa tengah tak cukup tangan ni jugak la bibik kami sampai. Dari Jawa. Syah memang selama nih penat sebab balik opis dah nak kena mengasuh 3 anak. Dengan masaknya lagi. Aku lak, dengan ciri2 seorang lelaki yang ingin berjaya di alam korporat, rilek jek balik rumah waktu dah gelap. Sampai umah anak dah tido. Syah pun penat. Kesian.

Bibik takat nih okay. Aku ngan Syah tak letak high expectation sangat, so bila dia buat more than apa yang kami harapkan, its a bonus for us. Hopefully menten la camtu dalam tempoh 2 tahun nih. Risau gak ngan apa yang terjadik kat sorang sahabat. Mintak2 takde lah camtu nanti.


Err... kununnya tadi nak buat kerja, nak bergaji celik dari umah. Kui!

Nanti lah sambung lagi.

Sebelum terlupa, esok birthday Nur Hanis yang pertama. Mmmmuuuuaaahhhh!

You Might Also Like

1 comments

Press

press