Haris dan abah

September 23, 2008

Hari Ahad lepas, masa on the way balik dari Langkawi ke Gombak, Haris macam biasa jadi aku punya co-pilot. Duduk kat sebelah, layan abah dia drive. Apa lah boleh nak harap sangat sembang ngan budak 5 tahun, tapi okay lah untuk halang rasa mengantuk.

It was fun. Talking to Haris pasal banyak benda. Kadang2 tu, kalau dah takde topik, aku buat permintaan lagu. Dia nyanyi la lagu2 yang dia belajar kat sekolah dia. Kelakar. Aku tak faham apa butir dia sebut. Irama tu ada la. Selalunya, kalau Haris nyanyi, Hanim pun akan ikut sama.

"Abah tak tau la Haris nyanyi apa, abah tak faham. Abang nyanyi peyat la"

"Abang tak peyat la, Hanim peyat bah"

"Ooo.. abang tak peyat ke? Hmmm.. abang pelat ke peyat?"

"Abang pelat"

"Ahahahah! Abang pelat!"

Eheheh! Memula tadi tak mengaku pelat. Lepas tu mengaku pulak. Abah dia pun saja la nak menyakat. Tersimpul2 haris malu kena sakat. Ahahaha!

Tapi yang paling aku tak tahan, bila Haris mengaku dia puasa.

"Haris, Haris puasa ke hari ni?"

"Ha'ah. Nanti dah azan, baru boleh makan. Buka puasa"

"Ooo.. bagus lah anak abah ni"

Diam. Abah bawak kereta. Haris, Hanim ngan Hanis bergurau dalam kereta.

"Bah. Abah. Dah azan ke bah?"

Ahahahah! Baru je 10 minit kata puasa, Haris dah tanya dah azan ke belum. Kui!

"Ha? Ha'ah, dah azan dah. Dah boleh buka puasa dah"

"Abah tak buka puasa ke?"

"Tak. Abah tunggu azan lain. Abang je makan, abang dah boleh buka puasa dah"

"Ok"

Ngap ngup ngap ngup. Haris makan. Sama Hanim. Sama Hanis. Seronok melayan perangai sorang2. Habis makan, Haris sambung lagi cakap.

"Abah. Abang dah makan dah."

"Okay. Dah makan dah? Hmmm.. dah boleh puasa balik. Abang puasa tak?

"Puasa."

Ahahahahhahha! Lawak la Haris. Tak paham lagi konsep berpuasa, tapi bagus lah. Sekurang2nya dia dah tau kalau azan dah boleh makan. Cumanya dia tak tau azan yang mana, pukul berapa.

Takpe Haris. Tahun depan kita puasa betul2. Abah dulu pun darjah 2 baru puasa penuh! Kui!

You Might Also Like

0 comments

Press

press