Tahi Lalat

October 17, 2008

Pagi Rabu, aku mandikan Haris sebelum ke sekolah. Sekali sekala, semenjak ber"bibik" jarang sekali berpeluang mandikan anak2. Ehehe! Alasan!

Masa menyabun badan, aku tunjuk ke dada Haris. Saja mau menguji, tau ke tak dia apa yang ada kat badan sendiri.

"Haris, ni apa ni? Ni yang hitam ni"

Runcing jari telunjuk gebu aku menunjuk tahi lalat Haris. Elok setompok melekat dekat dada. Sambil tersengih, Haris jawab dengan penuh konfidennya..

"Titik hitam!"

Erk! Aku terkedu. Jawapan Haris tu betul, tak ada salahnya. Aku malu sendiri, kunun2 tadi nak mengenakan anak, rupanya bapak yang terkena.

Abah 0, Haris 1

Aku tak puas hati. Haris mesti di"tewas"kan. Aku sambung.

"Bukan titik hitam la, taik lalat. Abang tau kan lalat? Pastu dia terbang, pastu dia berak kat abang. Eeeee!!"

Ehehe! Haris tersengih2. Sahih dia "tewas" kali nih. Tapi lepas tu dia menjawab lagi.

"Abah pun. Kat tangan abah tu ada banyak!"

Arghhhhh! Aku terkedu sekali lagi. Memang jelas dan nyata, bahagian lengan tangan kanan aku penuh bertompok dengan 3 tahi lalat.

Aku hanya mampu tergelak. Bijaknya Haris.

Haris sambung tersengih.

Abah 0, Haris 2.

You Might Also Like

0 comments

Press

press