Mari mengaji

November 19, 2008


From Outing Raya
Semalam ngajar Haris ngaji. Buku Iqra', dah masuk chapter 3. Chapter 1 & 2 Haris boleh la baca dengan agak lancar. Huruf2 berbaris atas. Pandai Umi dia mengajar. Kagum aku tgk Haris boleh "baca" jawi (bersambung). Sebab huruf2 jawi ni kan kalau bersambung jadi cam lain, contohnya kalau ada huruf "jim", "a'in" kat tengah2 ayat. Sempoi jek dia baca. Aku dulu dah pertengahan sekolah rendah baru nak boleh membaca.

Chapter 3 kali ni bacaan huruf2 berbaris bawah. First day Haris tersangkut2. Fahamlah tuh, dia confuse lagi antara baris atas ngan bawah.

Semalam hari 2. Haris masih di muka surat yang sama. Aku bermula dengan agak garang. Bertambah-tambah garang bila Haris asyik confuse antara "ba" dengan "nun" baris bawah. Dua2 dibunyikan "ni". Sekali, 2 kali, 3 kali aku betulkan. Masuk kali ke-4 dia lupa lagi.

Aku angin. Tak boleh terima. Aku jadi emo. Suara makin keras. Haris makin menunduk. Menangis. Mau aje aku semburkan, sikit2 nak menangis. Tapi aku control. Aku takkan keluarkan kata2 negatif. Cuma aku garangkan suara.

Keadaan dah tak betul. Haris belajar dalam keaadan takut. Confirm tak leh masuk punya. Aku dengan ego aku, tak nak berlembut. Aku bangun, terus keluar. Aku tau umi dia mesti pujuk. Sebab tu aku "berani" buat camtu.

Hmm. Aku setuju. Tak patut aku buat camtu. Yang sebenarnya bukan Haris punya masalah dia tak tau baca. Its very obvious bapak dia letak high expectation kat anak. Sekali ajar dah boleh faham. Aku pun pernah jadi budak, pernah kena rotan, pernah kena pulas telinga, pernah kena cubit sebab tak pandai mengaji. Lama2 baru aku reti. Bukannya dan-dan tu jugak aku faham. So, sepatutnya aku tau. Nak belajar, kena ambik masa.

Sorry Haris. Abah memang emo semalam.

You Might Also Like

0 comments

Press

press