Siapa yang malu?

November 25, 2008



From Taman Tasik Titiwangsa
Taman Tasik Titiwangsa memang port biasa untuk aku dan family. Ahad, 2 Nov 2008, kami ke sana lagi untuk aktiviti hujung minggu. Memang teruja sebab taman permainan yang baru rasanya dah siap. Mesti bebudak suka.

Cuaca memang mendung sedari mula. Sempat lah dalam setengah jam main2 kat situ sebelum hujan mula turun. Bila dah gerimis, mula lah bertempiaran cari pondok berteduh. Kami pun.

Jumpa satu pondok. Tak lah tersorok, agak terdedah. Tapi dalamnya ada penghuni. 2 manusia berlainan jantina. Yang si tak teruna terbaring manja di pangkuan si tak dara. Ada buku2 pelajaran di sekeliling. Tak ke begitu obvious buku itu sebagai cover? Dengan keadaan pondok yang langsung tak selesa, mana la boleh nak belajar. Dengan gelapnya, dengan kotornya.

Syah bagi signal. Suruh cari tempat yang lain. Aku sanggah, kenapa? Bukan kita yang patut malu, dorang yang patut malu. Tau, Syah takut anak2 terdedah kepada unsur2 sosial melampau. Segera anak2 dikalihkan, supaya tak melihat aksi separa lucah budak hingusan baru belajar mengawan.

Mulanya si pasangan buat tak tau. Hati menjadi semakin getis. Lalu, dengan nawaitu untuk "menakutkan", perlahan2 EOS 400D kukeluarkan. Mula2, ku bidik2 gambar anak-anak. Kutembak.

Rupanya dalam diam si tak dara membuat langkah berjaga2. Dikeluarkannya alat solek bercermin, bukan untuk membetulkan gincu yang comot, rupanya dijadikan "rear view mirror". Mahu diperhatikan apa lah agaknya tetamu tak diundang ni buat. Zuppp! Bingkas si tak teruna bangun. Agaknya si tak dara dah warning, tetamu di pondoknya ada kamera!

Hari makin gelap. Kami redah jugak ke kereta. Sepanjang perjalanan, aku tergelak. Tapi dalam lawak, aku jugak perasan. Rupanya, bakat baru dalam masalah sosial hari ini masih ada rasa takut.

Takut kamera, bukan takut tuhan!

You Might Also Like

1 comments

  1. aku gi last week kat taman permainan tu... bapokkk besar taman permainan baru nie... siap ada ala2 jambatan pulau pinang...

    ReplyDelete

Press

press