Keretapi

December 30, 2008

Pernah naik keretapi? Aku pernah.

Pengalaman pertama, dari Gemas ke Kuala Lumpur. Best sebab waktu siang, jadi boleh pemandangan nampak kiri kanan. Tu masa sekolah rendah dulu, takde kamera.

Pengalaman kedua, dari Alor Setar sampai ke Kuala Lumpur. Masa zaman belajar di Kedah. Berdua ngan seorang sahabat. Dosh! Dah le naik malam, pastu kerusi tak leh nak sandar ke belakang. Lampu lak terpasang dari mula sampai ke sudah. Gila takleh tido! Sahabat punya cadangan la tu. Ahahahaha! Pemandangan takde. Kelam! Masa tu pun takde kamera. Kalau ada kamera, mmg berdarah kepala sahabat tu kena baling. :)

Pengalaman ketiga. Insya-allah. Malam ni nak ke Kedah dari KL Sentral. Dah ada kamera. Tapi rasanya simpan dalam beg je. Takpe lah. Kali ni beli tiket ada tempat tido. Huuuu! Pemandangan mungkin ada, sebab kali ni lampu boleh tutup. Boleh la mengintai ke luar.

Tapi kat KL pun ada keretapi. Keretapi elektrik. Ada kat atas jalan, bawah jalan. Laju. Pemandangan pun ada. Ada bangunan tinggi2. Nampak rumah tinggi2. Orang dalam keretapi KL pun tinggi2. Suka julang tangan tinggi2, sebab nak pegang besi. Bila dah julang tinggi, boleh nampak ketiak tak wangi. Nak lagi ngeri, boleh nampak ketiak ada bulu, curly - curly. Eeeeee!

Best ke naik keretapi?

You Might Also Like

0 comments

Press

press