Rentikan lah

January 13, 2009

Waktu makan tengah hari. Hadirinnya, bekas rakan-rakan sekerja.

Sedap melantak nasi berlaukkan ayam goreng berempah. Ada pulak keropok ikan. Nasi bergaul kuah gulai. Tak pedas. Tak tawar. Tak masin. Sedang elok.

Habis makan, santai bersembang. Haha hihi huhu. Mengumpat ada jugak. Ingat lelaki tak mengumpat ke? Ahahahaha!

Terselit isu Israel si bangsat. Hati panas. Masih terkesan melihat gambar kanak2 menjadi mangsa. Entahlah, naluri bapa. Tengok anak2 yang sebesar Haris, Hanim dan Hanis menjadi mangsa, siapa yang boleh menahan hiba?

Perbualan makin rancak. Nada suara tingi rendah. Bagus lah, rupanya rakan2 ada juga kesedaran. Sama2 sedar. Tapi bila rasa bangga memuncak dengan keprihatinan sahabat, terselinap rasa marah. Marah dengan sahabat. Geram. Cakap tak serupa bikin.

Aku tak tahan. Selamba.

"Oi bang! Kau ni sokong Israel ke? Ni isap rokok nih, berapa banyak dah kau bagi duit kat lahanat tu tembak orang Palestine"

Bzzzzzzz.

Sahabat yang tadi acting macho isap rokok, terkedu kena sesah tak pasal2.

Sudah2 lah isap rokok tu. Apa yang untungnya ntah.

You Might Also Like

0 comments

Press

press