Satu hari di lebuhraya

January 29, 2009

Perjalanan ke Sik cuti baru ni memang penat. Dari Gombak ke Ipoh, 4 jam. Dari Ipoh ke Sik, 4 jam. Total jam perjalanan, 8 jam!! Kalau hari biasa, 8 jam tu cukup untuk perjalanan dari Gombak sampai ke Langkawi! Ini lah angkara bercuti di tahun baru cina. Yang tak cina pun sibuk bercuti. Ahaha! Biasalah. Ini kan Malaysia.

Atas jalan, kereta memang banyak. Sampai di Slim River, langsung tak bergerak. Nasib baik ekor jem betul2 di exit ke laluan tanpa tol. Signal ke kiri, terus ke laluan "sentuh & jalan". Laju je menyusur jalan selesa. Sampai di Tapah, ayahanda kata kita lalu balik lah highway. Sebagai anak yang soleh, perintah diturut tanpa bangkangan. :)

Hati berbunga riang. Perjalanan jadi lancar semula. Perut pulak mula menyanyi mintak disumbatkan lemak. Cadang2nya, nak berhenti di hentian Simpang Pulai. Dah tak jauh, bau cucur pisang aka godok dah menyengat hidung.

Arghhh! Kusangkakan Anwar jadi PM, rupanya Pak Lah yang berkuasa. Kui! Peribahasa baru. Tak sampai 10 minit masuk highway, jalan dah sesak semula. Hati mula panas. Sudah hampir jam 11 masih belum lepas Ipoh, sah KPI pemanduan normal gagal dicapai!

Kepala terjengok2 mengintai apa punca. Dari jauh nampak kelibat lampu siren berkelip2 warna biru. Oh! Ada accident nih!

Kereta makin hampir ke tempat kejadian. Tapi kelibat kereta terbang, lori terbalik langsung tak nampak. Rupanya accident di seberang jalan. Jalan yang lengang. Hanya sebutir kereta terbabas langgar penghadang jalan. Tapi yang sesaknya di laluan aku!!!

Arghhh! Sumpah mula berbakul-bakul. Pemandu di hadapan sibuk mengintai kereta yang kemalangan. Itu sebab diperlahankannya kereta. Busy body. Atau sibuk menyalin angka pendaftaran? Untung2 esok hari bila baca paper Utusan Melayu mukasurat belakang, nombor naik di tempat pertama. Manusia. Prihatin tak bertempat.

Gear diturun ke gear 2. Aku terus memaki. Dalam hati. Anak isteri ada di belakang, tak sesuai kalau mendengar. Sambil2 mata menjeling ke seberang jalan, kereta yang kemalangan tak lah seteruk mana. Itu yang menambah geram. Kecoh betul orang Malaysia.

Tapi bila betul2 hampir dengan tempat kejadian, aku berhenti memaki. Ayahanda di depan memandu seakan-akan sudah hampir2 berhenti, sama seperti mereka yang terdahulu ingin melihat kemalangan dengan lebih jelas, barangkali.

Aku terkedu. Perlu kah aku terus memaki?

You Might Also Like

1 comments

  1. jangan memaki.. tetapi terus memakir.. ahahahah..

    ReplyDelete

Press

press