18 SX kah?

May 19, 2009

Aku musykil. Betul-betul musykil. Sejak aku mula berblog (2003) sampai hari ni, rasanya tak pernah aku buat entri yang berunsurkan 18SX. Kalau tak pasal anak atau famili, aku cerita pasal kerja, takpun kawan-kawan. Cerita dalam kelambu, dalam bilik air, rasanya tak pernah sekali pun!

Kenapa aku muykil? Camni.

Aku daftarkan blog aku kat Google Analytics. Saja, nak tgk rating/hit. Ahahaha! Lagi pun banyak functions. Projek2 aku yang berkaitan, memang aku propose gunakan Analytics nih. Antara feature yang ada, kita boleh tgk traffic source, maknanya yg jengok blog kita ni datang dari mana. Direct link ke, dari blog orang lain ke (referral) or dari search engine ke (keyword).

Seminggu, ada la beberapa kali aku jengok.

Yang terbaru, cubalah tengok kat bawah nih!



Cam siut kan? "Tusukan pertama".

Posted by Picasa

You Might Also Like

2 comments

  1. cuba la ko search guna keyword tu, ada ke tak posting ko yg guna wording tu...

    ReplyDelete
  2. dah try dah.. takde pun..

    ReplyDelete

Press

press