SPM '94 : Chapter 3

May 18, 2009

SPM 1994

Untuk keputusan percubaan, ibu bapa dijemput hadir. Aku cuak. Agregat 24 memang tak baloi untuk abah ngan mak datang jauh-jauh nak tengok keputusan yg cam hampeh.

Aku siapkan jawapan untuk soalan yang mungkin ditanya. Bukan jawapan, lebih kepada mengelat. Aku boleh cakap kat mak ngan abah, "alaaa.. anak2 abah yang lain mana ada yang dapat pangkat 1". Siap gaya riak, tapi meyakinkan.  Cukup kukuh dah tuh, biarpun abang dan kakak sendiri yang dijadikan benchmark!

Mak ngan abah sampai. Segak berbaju melayu kuning berkain sampin hijau (pinjam), aku sambut mak ngan abah, jauh dari Gombak ke Muar. Kaki melangkah menghala ke kelas yang dah ditetapkan. Berjumpa dengan cikgu homeroom, masih berstatus cik tapi tegas bila mengajar subjek bahasa ibunda. 

Kami duduk bertiga, bertentang mata dengan cikgu harapan bangsa. Cikgu Mazenah bt Awang Kechik mula berkata-kata. Abah ngan mak dengar bersungguh2. Abah, jenis bapak yang tak macam zaman sekarang. Berulang2 cakap kat cikgu, abah belajar takat darjah 6. Merendah diri. Katanya, dia tak mampu nak mendidik anak menjadi pandai. Terserah pada cikgu.  Jadi, apa pun cara cikgu nak guna nak kasi aku ni pandai, buat lah! Rotanlah, kalau rasa perlu. Marah la jika itu yang sesuai.

Aku still duduk tersimpuh ayu. Tak peduli luahan abah, luahan cikgu. Masih berdebar menunggu reaksi abah dan emak.

Saat yang ditunggu pun tiba. Cikgu Mazenah Awang Kechik tersenyum simpul. Kertas keputusan dah dikeluarkan. Masa ni seboleh mungkin nak putar waktu. Tapi dah terlambat.

"Aggregate 22"

Pang! Aku terkesima. Bukan disebabkan aku kena lempang ngan abah, tapi sebab aku cam tak percaya keputusan aku bukannya 24 macam yang aku kira. 22? Maknanya aggregat aku yg asal mmg 24, bukan 26. Ahahahah!

Aku kira terrer lah nih! Aku memang pangkat 1 la dari awal. Miahahahahah!

Ada can ngurat Nurhamiza balik camnih!


****
SPM '94 : Chapter 1 
SPM '94 : Chapter 2 
SPM '94 : Chapter 3

You Might Also Like

1 comments

  1. CIkgu Mazenah Awang Kechik, latest mengajar di MRSM Pengkalan Chepa. Masih ayu seperti dulu meskipun dah berkahwin. Raya ni nak gi rumah diaaaa~

    ReplyDelete

Press

press