Sayu

June 02, 2009

Jam talipon menunjukkan dah pukul 7.23 pm. Azan Mahgrib baru jek berkemundang. Mandi belum lagi. Konon nak lepaskan lelah dulu lepas balik kerja. Lelahnya saya!

"Tut tut! Tut Tut!". Ada SMS masuk. Segera inbox dibukak.

"Jam sekarang mak nak berangkat kemekah".

Aduh! Sayunya rasa. Mak hantar SMS dari kota suci. Dah nak berangkat ke Mekah dari Madinah. Hari ni dah masuk hari yang ke 4 mak ngan abah ke sana. Alhamdulillah, kedua-duanya dalam keadaan yang sihat.

Sayu, sebab rasa rindu.
Sayu, sebab tak tau bila nak menjadi tetamu Kota Suci.

You Might Also Like

0 comments

Press

press