Saya demam H1N1?

July 17, 2009

Sudah 3 bulan bekerja di tempat baru. Hampir 3 bulan. Hari ni hari pertama mendapat cuti untuk sakit. Apa sebabnya, saya tak pasti.

Cuaca jerebu, mungkin.

Makan banyak buah2 kayu (mata kucing, durian), mungkin.

Tidur tak teratur, mungkin.

Stress kerja, hmm.. mungkin juga.

Saya dilanda demam. Kepala saya juga berat. Berputar2. Tekak juga gatal. Menelan air liur pun perit. Saya risau. Simptom demam Oink Oink pun lebih kurang je.

Saya jumpa doktor. Mesti.

Dengan suara yang lemah gemalai, muka yg sedih, saya ajukan kepada doktor akan permasalahan diri. Doktor memeriksa.

Setelah selesai dan bermesra ala kadar, doktor pun berkata;

"Lain kali sebelum awak nak mula mesin rumput tu, awak makan la ubat penahan sakit. Saya pun buat camtu, mesti."

Huuu.. rupanya demam saya disebabkan kejutan dan bebanan muscle tika memotong rumput minggu lalu. Padan lah! Saya pun dah agak, sebab kali ni saya mesin rumput 2 round, mmg letih banget!

Syukurlah. Bukan virus oink oink yang menyerang.

"Eh doktor. Boleh saya dapat MC utk esok?"

"Boleh!"

Yuuu hhhhuuuuuuuuu!

You Might Also Like

1 comments

  1. demam MR2 ni namanya (Motong Rumput kali ke-2)..

    ReplyDelete

Press

press