Kap Nun Ta Wau Ta

August 18, 2009

"Jom!"

Aku panggil Haris ngan Hanim masuk kereta. Aku nak berangkat ke opis, on the way nak turunkan anak2 kat sekolah. Hari ni giliran Hanim duduk depan.


Tak sampai seminit, mula terbau busuk dalam kereta. Uik! Tadi masa masuk takde pulak bau. Maybe pasal hidung aku tersumbat. Jadi fungsi membau tu agak lambat nak mena'kul pencemaran udara yang berlaku. 

Otak cuba menafsir jenis bau. Nak kata taik kucing, tak juga. Nak kata aku yang kentut, tak juga. Pagi2 lagi dah clearkan di saluran yang patut. Apa ye? Busuk betul nih.

Aku cuba sakat Hanim.

"Eeee... bau busuk ni. Hanim kentut eh?"

"Tak!"

Hanim menafi. Betul lah tu kot. Anak2 aku ni kalau betul dia yang bersalah, mesti tersengih-sengih bila aku "sakat" camtuh.

Beralih kepada anak yang sorang lagi. Aku toleh.

Haris di belakang dah tersengih. Dengan tulus ikhlas, Haris bersuara, 


"Abang la yang kentut, bah!"

Bertuah!

You Might Also Like

0 comments

Press

press