Duit Raya

October 06, 2009

Hari raya, selain meraikan kemenangan ramadhan, turut meraikan silaturrahim. Kunjung mengunjung, ziarah-menziarah, saling bermaafan. Untuk kanak-kanak, kumpul duit raya. Itu yang paling best

Kami juga mengikut rutin yang sama.

Masa menyiapkan Haris untuk beraya, saja bersembang-sembang kosong.



"Abang, abang banyak ke dapat duit raya?"

"Banyak!"

"Abang nak buat apa dengan duit tu?"

"Hmmm... haaaa..."



Haris mencari-cari jawapan. Aku target, kalau dia tak jawab nak beli game, mesti nak beli mainan. Jawapan klise budak-budak.



"Ha! Abang tau! Abang nak beli rumah baru, rumah cantik. Rumah abah dah buruk!"



Huu! Nak marah ke, nak lempang budak nih? Tapi sudahnya abah Haris tersengih, pipi Haris kena cium. Doa-doakan je la Haris, semoga kita dipermudahkan rezeki.

You Might Also Like

0 comments

Press

press