Ganyang Malaysia

October 08, 2009

Sana-sini kecoh pasal ganyang Malaysia. Ada satu puak kat Indon (called themselves as Benteng Demokrasi Rakyat - BENDERA) dah declare war, nak serang Malaysia hari ni, 8/10/2009.

Marah. Sedih. Kelakar.

Puncanya? Meh kita tengok satu2 (yg aku tau je la)

  • Pasal tarian. Ni yang latest. Tarian Pendet yang katanya dorang punya, Malaysia guna untuk promo dalam rancangan Discovery Channel (DC). DC dah jelaskan, dah mintak maaf pun. Malaysia tak terlibat. Tapi Malaysia ni pun satu, takkan tak tengok dulu sebelum keluarkan untuk tayangan. Takkan DC terus keluar je? Mesti ada tapisan. Tu dah kantoi satu silap Malaysia. Tapi apa pun, disebabkan kes ni baru aku tau adanya tarian pendet. Whatever it is, aku rasa Malaysian tak terliur pun nak claim tarian tu Malaysia punya. Tarian kalau jenis bontot melentik2 cam itik ni, toksah la ambik. Buat tambah dosa je.

    Sebelum ni ada jugak kecoh pasal tarian Barongan. Tu pun aku tak tau tarian camana. Pasni abis la semua tarian puak ni nak ambik. Ambik la. Ambik. Benda2 yang lagha ni takyah la kita nak rebut2.

  • Pasal nyanyian. They claimed that lagu Rasa Sayang tuh lagu dorang. Rasa Sayang ni, aku pernah dengar jugak versi hindustan. Lagu filem lama. Tak declare war plak? Can you guys give some facts yang betul2 kata lagu tuh korang punya? Aku tak tau lagi lagu apa yang dorang kata lagu dorang nih. Silap-silap kang, lagu Saya anak Malaysia pun dorang claim dorang punya.

  • Pekerja dorang kena "dera" kat Malaysia. Bodoh! Bagi sikit nisbah. Daripada 100 orang, berapa orang yg kena dera? Pasal Nimala Bonat sorang, kau claim satu Malaysia punya majikan dera maid? Aku tak jumpa mana2 statistik (siapa ada tolong bagi), yg aku dengar dan experience sendiri, maid Indon kat Malaysia ni yang banyak carik pasal. Menipu, mencuri, pemalas, lari ikut jantan, menjahanamkan harta benda kat umah. Worst case, ada yang sepak terajang anak2 majikan. So, what your say about this? Kat Middle East tu dulu kecoh Indonesian workers (maid) sampai mati, kena rogol. Whats ur action on this? Dah perang dah?

    Pastu ada hati nak mintak gaji RM 800 sebulan. Amboi! Banyak lemaknya korang. Cuba cakap sini, kerja apa yg korang leh buat dengan gaji banyak tu kat Indon sana? Or at least half of that.

  • Tanah or Pulau. Kata hak Indonesia, berebut ngan Malaysia. Alo brader, tak sembuh lagi dari frustration pasal Sabah ngan Sarawak dulu ke? Ni segala tanah ngan pulau yang ada dia nak claim. Yang sedia ada pun tak terjaga. Rakyat sampai migrate (legal or illegally), ada daerah sampai dah nak or already keluar (acheh, timor timur) pun tamak lagi nak berebut? Kalau betul kau punya, just claim kat mahkhamah antarabangsa. Dapat Alhamdulillah, tak dapat duduk diam2.

Ni antara yang aku tau. Mungkin banyak lagi, tapi aku tak nampak pun apa yang betul2 boleh buat sampai perlu adanya perang. Pasal tarian, its pathetic sebab negara Islam terbesar di dunia sibuk nak mempertahankan budaya yang sudah pastinya melalaikan. Pasal nyanyian pun. Sedih!

Aku tau, kelompok yang nak menyerang Malaysia ni bukan sikit sokongannya. Kalau tengok kat forum pun, yang "kononnya" berpendidikan pun sama emosi. Blame it to the media, as well as the leaders. Kalau betul2 taknak perkara ni berlarutan, firm action kena ada.

Tengok kat forum, nampak la orang2 kurang bijak berhujah. Penuh emosi, fakta yg cinonet dijadikan hujah paling besar. Let it from Malaysia or Indonesia. Kau kata aku, aku kata kau. Sampai bila2 tak akan sudah. As for me, aku jugak emosi. Emosi yang aku rasa patut, harapnya tak berlebih-lebihan.

The best is kita duduk diam2. Pikir balik. Apa rasionalnya tindakan kita yang macam orang tak bertamadun.

Tuhan dah bagi otak dah kan? Lu pikir la sendiri!

You Might Also Like

0 comments

Press

press