Cikgu, Kamu Jangan Nakal!

January 15, 2010

"..pis pis pis kamu jangan nakal", suara Haris menyanyi dalam bilik. Ada jugak suara latar.

"..pis pis pis amu anan akal". Tu suara pelat si kecik. Hanim pun ada sama.

Pergh! Ini satu "kemajuan". Anak-anak aku menyanyi lagu komersial la plak. Selalunya lagu "Pelangi pelangi", "Naik naik ke puncak gunung". Takpun "gajah geleng-geleng". Kira lagu-lagu dari tadika je lah.

"..Aku bukan superhero.. aku juga bisa nangis..".

Aikk! Ni dah lagu Indon la pulak. Kemain lagi anak bujang aku nih. Tadi lagu lain, ni dah lagu lain. Dua-dua lagu komersial. Sebelum ni takde  pulak dia nyanyi melainkan disuruh, ni pulak dia nyanyi sendiri, lagu artis lak tuh! Iskkk... lagho!

Aku pun join the party. Nyanyi sama2. Enjoy the moment menyanyi ala-ala artis berkumpulan with the kids. Bapak dia tau la jugak nyanyi, sebab nyanyi korus je. Ahaahah! Bapak dia tak layan lagu2 zaman sekarang, bosan. Tak feel. Tapi kalau bagi lagu2 Search ke, Wings ke, Hail Amir, Uji Rashid, Ramlah Ram.. ok je! Ahahaahh!

Dah habis nyanyi (korus) tuh, aku slow talk ngan Haris.

"Abang, abang belajar nyanyi kat mana? Kat sekolah ke?"
"Lagu mana?"
"Lagu pis pis pis tu.."
"Oooo.. lagu tu abang dengar masa kat car mama. Dah tu abang ingat, abang nyanyi laa.."

Hmmmm... bila masa pulak dia naik car mama (mak ngah) dia? Kemain plak ye, boleh ingat terus lak tuh.

"Lagu yang superhero tu?"
"Itu cikgu ajar"
"Hah!"

Biar betul. Pegi sekolah dah 2 minggu ni, takkan belajar nyanyi kot. Bila cek2 beg Haris, bukan ada apa sangat. Takde homework, tak de jadual waktu. Musykil aku ngan sekolah nih. Masa orientasi ari tuh kemain lagi ingatkan parents bulan 2 ni bebudak darjah satu ada exam. Ni, dah 2 minggu sekolah, jadual apa pun tak dapat. Apa yang belajar kat sekolah benornya ni?

Cikgu, kamu jangan nakal!

You Might Also Like

2 comments

  1. pis pis cikgu memang nak kena tepis

    ReplyDelete
  2. miahaha....lagho lagho

    Naim dah start bawak buku teks ke skolah ni. Berat giler...lagi berat dr beg notebook.

    ReplyDelete

Press

press