Kisah sekolah Haris

January 28, 2010

Sudah masuk minggu ke-4. Haris masih belum menunjukkan tanda-tanda mengelat nak ke sekolah. Alhamdulillah. Walaupun dia nampak cam okay, kena jugak sembang2 ngan dia nak tau apa jadi kat sekolah. Bebudak, especially Haris, dia prefer senyap je. Kalau tak tanya, tak tau. Beg pun, macam cikgu besar cakap, kena rajin cek.

Cuma satu je masalahnya, liat nak makan sebelum ke sekolah tuh. Punya la banyak akal dia tak nak makan. Macam semalam, mak aku cakap masa nak suruh makan tu sampai menangis-nangis. Fine. Mak aku gorengkan nugget utk dia buat bekal ke sekolah. Tapi nenek dia still suruh makan lagi. Cari akal lagi. Kali ni tetiba kaki dia tak leh jalan. Siap jalan merangkak-rangkak. Bwahahahah! Nenek dia memang gelak besar lah. Haris.. Haris..

Duit belanja memang tiap hari bagi. Kekadang habis, kekadang ada baki. Dah ajar dia simpan duit kat tabung. Bagusnya dia tak berkira. Berapa je baki terus dia simpan. Eheh! Dia tak tau lagi tu kuasa pengguna. Tau kalu duit boleh beli itu ini, kompom duit tabung kena korek balik.

Aahahah! Hopefully tak lah macam tuh.

Cuma yang aku bengkek pulak, dah nak dekat sebulan sekolah, jadual waktu tak dapat2 gak lagi. Tiap2 hari aku tanya Haris, ada tak cikgu bagi jadual. Takde. Ari tuh, masa hari sekolah ganti tu, sambil menunggu Haris balik dari sekolah aku ada sembang ngan sorang parent nih. Anak dia pun satu kelas ngan Haris. Tanya la kot anak dia dah dapat jadual. Mana lah tau kan, kot-kot cikgu sebenarnya dah bagi, si Haris je yang misplace ke apa ke. Tapi kompom. Memang tak dapat lagi.

So aku decide, nak call sekolah tuh. Nak mintak jadual. Kesian tgk anak bawak buku yg tak menentu. Berat satu hal, dah penat2 bawak pastu buku tu tak pakai pun. Takpun, ada buku yang tak bawak tapi nak kena guna dalam kelas. Kalut la budak tu jadinya. Kelas pulak tingkat 3. "Pandai" betul lah sekolah nih!

Tup! Tup! Selasa baru ni dah dapat dah jadual. Siap print lagi. Aku pun tak paham kenapa sampai 4 minggu baru nak dapat jadual. Takkan pasal dakwat printer abis kot? Tak paham. Betul tak paham.

Kata sekolah dah Jubli Emas. :P

You Might Also Like

0 comments

Press

press