Ujian

February 21, 2010

Kalau ditanya, apa dosa aku, mmg tak tertulis. Banyak. Sangat banyak.

Aku sedar aku bukan manusia yang perfect. Ada cacatnya perbuatan dan
perkataan aku sehari-harian. Tapi aku 'sombong'. Aku bongkak, sampai
ada waktu untuk 'menghalalkan' dosa sendiri, aku kata 'dosa aku, aku
tanggung!'.

Astaghfirullah.

Aku lupa. Aku ada anak. Aku ada isteri. Apa pun perbuatan aku,
pastinya anak isteri akan terkena tempias balasannya.

Sekarang, Syah sakit. Hari ni dah masuk hari yang ke-6 di hospital
Langkawi. Sebelum ni 2 hari di hospital Selayang. Angkara denggi. Tapi
di Langkawi, keadaan Syah agak teruk. Hari ke-4 baru keadaan pulih. Tu
pun, tak sepenuhnya.

Ntah lah. Dosa aku yang mana lah jadi hukuman pada Syah.

--
Sent from my mobile device

Regards,
sharulnizam mohamed yusof

You Might Also Like

1 comments

  1. salam sharul.. bykkan doa.. aku tau mcm mana hg rasa.. sabar+doa..
    Semoga Milah sihat seperti dulu.. Insya Allah.. Amin

    ReplyDelete

Press

press