"Abah tak sayang Hanis!"

July 06, 2010

Malam. Mahu tidur.

"Adik, umi mana?".
"Umi tak cital (umi kat hospital)".
"Hospital? Umi buat apa kat hospital?".
"Umi jage tok".

Senyap.

"Umi tu tak jaga Hanis. Takde orang pun jaga Hanis".

Ahh sudah! Si kecik meluahkan perasaan! Kena rangka jawapan untuk menangkis. Tapi sebelum tu kasi provok sikit.

"Abah ni tak jaga Hanis ke?".

"Tak! Abah tu keje manyak-manyak. Anish tak umah acik. Abah tak cayang anish, abah tu keje manyak-manyak cangat! (Tak! Abah tu kerja banyak2/lama sangat. Hanis tinggal kat rumah makcik. Abah tak sayang Hanis, abah tu kerja lama sangat)".

Aduuuhhhh!! Sentap sungguh anak aku yang sorang ni. Terkedu aku bila dia kata "abah tak sayang hanis". Macam tu sekali dia rasa, tu baru 3 tahun tuh!

Sorry sayang. Abah tetap sayang sama Hanis. Dunia akhirat.

"Takde lah! Abah sayang sangat sama Hanis. Sayang banyak-banyak. Nanti abah cuti, kita pegi jalan2 ye?".

"Ok".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

You Might Also Like

0 comments

Press

press