Kucing

July 15, 2010

IMG00162-20100704-1523.jpg
"saya cute tak?"

"Abah, boleh tak kita bela kucing?"

Haris tiba-tiba buat request. Aku pun cam hairan sikit. Tiba-tiba je anak bujang aku nih minat nak bela kucing. Walhal, kat sebelah rumah, kat rumah makcik dia, dah dekat 10 ekor kucing ada. Tiap-tiap hari dia main ngan kucing-kucing tu. Baik Haris, Hanim ngan Hanis, semuanya "mesra" dengan kucing. Peluk, cium selamba jek. Kalau aku nampak, memang kompom kena jerkah. Kotor, katanya.

Ehehehe!

Tapi kalau ikut "sejarah", bapak 3 "Ha" ni, memang suka kucing. Masa zaman anak teruna dulu, memang jenuh kena bebel ngan mak abah, pasal suka sangat bela kucing kat rumah. Selamba. Masa tuh, kucing berak dalam rumah pun takde hal aku cuci bersih. Teknik mencuci masa tuh; ambik kertas surat khabar, basahkan (sikit) pastu "genggam" benda alah tuh. Dah tu buang la, takkan nak lumur kat muka pulak. Kui!

Kalau makan pulak, tak pernah bagi makan ikan mentah. Selalunya bagi nasik, gaulkan dengan ikan goreng or ikan bilis.

Bila tidur, kucing yang manja-manja tu datang tidur kat sebelah. Cute sangat! Ahahahaha!

Itu dulu. Beberapa tahun nan lampau. Sekarang tidak lagi. Kemesraan saya dengan kucing semakin berkurangan. Ada masanya, saya selamba je baling batu kat kucing-kucing nih. Saya geram. Penat-penat saya ber "farmville" laman rumah saya, selamba jek puak-puak nih taburkan "periuk api". Dah nama pun periuk api, bila dah terpijak tu memang kemalangan perasaan la. Tanpa memperdulikkan siapa yang bertanggungjawab, asal nama kucing je, memang aku sesah. Farmville aku hanya perlukan baja taik ayam, bukan taik kucing!

Sebab tu, aku agak reluctant bila Haris request nak bela kucing. Memikirkan perangai-perangai tak senonoh kucing nih. Lagi-lagi kalau kucing betina. Dah besar-besar sok, jadi bohsia. Bila dah akil baligh tuh, manjang bunting jek. Tu yang taknak tuh.


"Kalau tak boleh kucing, rabbit boleh tak bah?".

 Hanim mencelah. Rupanya dia pun minat jugak. Ke dia dah pakat ngan abang dia?

"Hmmmm... kalau arnab boleh."

"Haaa... ari tu kakak ada nampak arnab kat Ong Tai Kim. Kita ambik arnab tu la..".


Uiiihhh! Sudah buat survey. Sangat terancang!

"Haaaa... nanti dulu lah ye. Nanti kita tengok dulu ye..".


Hmmm... anak-anak aku nih ada sense sayang kat haiwan jugak rupanya. Bila pikir-pikir, selain dari masalah-masalah tak senonoh pet nih, ada jugak baiknya. Bila dah ada pet, anak-anak aku ni boleh belajar bertanggungjawab. Ye lah, kena bagi makan, mandi kat menatang tuh. Sense of loving. Thats on positive side.

Nanti lah. Kena dapatkan persetujuan satu rumah.

Malam ni meeting!


IMG00159-20100703-2107.jpg
Haris dengan anak kucing sebelah rumah. Dah prektis dah. Huuu...

You Might Also Like

1 comments

  1. sorilah haris, takyah la bela kucing. cukup2lah main kat rumah sebelah aje, kucing diorg pun dah melambak dah..sekali sekala nk buat anak angkat bawak masuk rumah sekejap boleh lah....:)

    ReplyDelete

Press

press