Puding Roti @ Roti Keding

July 25, 2010

Aku memang suka makan puding roti nih. Kalau ada dinner ke, lunch ke kat mana2 hotel, selalu makan benda alah nih. Memang tak pernah miss.

Semalam, tetiba lak terasa nak makan. Selalu order je dari Puan Kamilah, tapi kali ni nak mencemar duli ke dapur. Nak buat sendiri. Eheheheh!

Alang-alang tu, nak uploadkan kat sini hasil kerja aku nih. Ahahaha! Acting Chef Wan la pulok!


1. Sediakan 6 keping roti (gardenia). Sapukan dengan butter (dorina) depan belakang. Taburkan kismis sebagai penambah rasa (ye ke penambah rasa? ahahah! bedal lah!)




2. Didihkan susu segar sebanyak 380 ml. Kami selalu guna Dutch Lady or Goodday.



3. Adunkan 3 biji telur dengan 5 sudu teh gula pasir selangor. Pastu, masukkan dalam susu yang dididihkan tadi.


4. Tuangkan adunan susu ngan telur tadi ke dalam loyang yang berisi roti. Biarkan selama 5 minit, nak bagi dia kembang.


5. Masukkan ke dalam oven. Setkan suhu 180 darjah Celcius, bakar 20 minit.


6. Ting! Oven berbunyi menandakan puding roti siap sedia untuk dibedal! Muahahahahah!


Sonang baitu!!!

Anyway, kenapa aku letak title entry ni "Puding Roti @ Roti Keding", coz nama betul dia memang roti puding, but my daughter si Hanim selamba dia je tukar nama jadi "Roti Keding". Hehe!

You Might Also Like

2 comments

  1. en sharul, susu tu panaskan je sekejap takyah didihkan,pastu gula 5 sudu besar ye, kalau sudu teh aje, tawar sgt lah...:)

    ReplyDelete
  2. ok mem.. akan diperkemaskinikan.. :)

    ReplyDelete

Press

press