2034

August 23, 2010

1. Tajuk entri kali ini merujuk kepada tahun, yakni tahun 2034.

2. Kalau dikira dari sekarang, untuk tiba ke tahun 2034 memerlukan perjalanan masa selama 24 tahun. Sekiranya diizinkan Allah, umur saya pada tahun itu ialah 57 tahun. Barangkali sudah pencen, dan mula berpoya-poya dengan duit simpanan KWSP saya.

3. Ataupun, mungkin saat itu saya sudah mula mengira jumlah cucu dan memanja-manjakan mereka semahu-mahunya. Orang kata, atuk dan cucu akan menjadi rapat secara automatik kerana mempunyai "musuh" yang sama.

4. Saya dan isteri kesayangan menghabiskan sisa-sisa umur dengan lebih banyak amal ibadat. Surau makin kerap dikunjungi. Tipikal Melayu Muslim di Malaysia.

5. Semuanya itu mungkin. Hanya kalau diizinkan Allah.

6. Begitu juga dengan kemungkinan-kemungkinan yang lain. Sepertinya kemungkinan saya akan ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun tersebut, seperti yang telah dijadualkan oleh pihak Tabung Haji hari ini.

7. Saya harus menunggu 24 tahun lagi sebelum giliran saya sampai. Inilah akibatnya kerana bertangguh-tangguh untuk mendaftar haji.

8. Saya tak sanggup menunggu begitu lama. Hajat saya awal 40-an adalah umur paling lewat untuk saya ke sana. Dan sekiranya saya mahu hajat ini tercapai, saya memerlukan strategi.

9. Strategi utamanya ialah mencari sumber kekayaan yang membolehkan saya ke Tanah Suci dengan pihak swasta. Harganya mungkin berganda, tetapi tempoh menunggu saya dapat dipendekkan.

10. Insya-allah. Sebelum saya menunaikan rukun Islam yang ke-5 itu, saya akan berusaha untuk menunaikan umrah dahulu.

Doakan saya dan keluarga agar impian kami menjadi kenyataan.

Amin.

You Might Also Like

2 comments

  1. buat umrah mmg bagus
    tp apa kata allocate duit umrah utk pergi haji. ehehe

    kalau duit dah cukup..boleh je merayu pegi awal.

    nak kaya..apa lagas..hyprobulksms lah. kui kui kui

    ReplyDelete
  2. kos 2 kali ganda tu kalau pergi private.. tahun 2010 kalau ngan TH kos RM 9980, kalau private tambah satu kat depan, RM 19980. Wuuuhuuuuu!!

    tapi tengok lah, cam kau cakap.. simpan duit kasi penuh past buat rayuan...

    Insya-allah...

    ReplyDelete

Press

press