Azam koman di bulan puasa

August 09, 2010

Insya-allah, esok lusa dah nak masuk Ramadhan. Umat Islam sewajibnya berpuasa. Dah disyariatkan dalam rukun Islam yang lima. Tapi masih ada lagi yang perasan konon-konon boleh tahan api neraka, selamba je makan siang-siang hari, memang la dorang ni spesis hantu puaka.

Semoga aku dan keluarga tak tergolong dalam puak-puak derhaka nih.

Dah sebut pasal puasa ni, tak sah kalau takde azam. Macam nak sambut tahun baru. Aku pun tak terkecuali. Kalau dulu, puasa sekadar nak memenuhi kewajipan, tapi dah makin tua ni kena lah "carik" lebih. Puasa bukan takat lapar dan dahaga, tapi banyak lagi yang boleh kita dapat.

Azam aku puasa tahun ni;
1- Cukup sebulan. Of course, orang lelaki kena la cukup. Kalau tak cukup, mesti ada sesuatuh. Ahaha! Lain la uzur syarie.
2- Bersahur.
3- Sehari sekurang-kurangnya dua muka Al Quran. Azam utk khatam dlm tempoh sebulan berpuasa selalunya gagal. So, kecik kan sikit target, berdasarkan kemampuan diri.
4- Solat dalam tempoh setengah jam ke satu jam selepas masuk waktu. Pukul 4 baru nak Zohor, apa kes! Ini bukan untuk Ramadhan je, mesti berterusan!
5- Elakkan Pasar Ramadhan! Seboleh mungkin tak mau pergi sebab button nafsu serakah otomatik aktif bila jejak kaki kat pasar nih.
6- Berbuka dengan family paling utama. Berbuka kat luar kalau boleh elak, elak!
7- Kurangkan ponteng terawikh!

Itu je yang terpikir takat nih.

Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna, Insya-allah.

You Might Also Like

2 comments

Press

press