Cerita malam pertama

August 10, 2010

1. Ini cerita malam pertama menyambut puasa. Sekiranya anda memikirkan cerita yang lain, maaf kerana mengecewakan.

2. Haris, yang akan berpuasa untuk tahun kedua, sudah excited. Kad buatan tangan bertulis "Selamat Hari Puasa" dihias dengan bintang, bulan dan pokok sudah diedarkan untuk abah dan uminya. Kkkkiiiiuuuttt sangat!!

3. Haris mahu ikut abahnya ke surau untuk berterawikh, tapi ditolak mentah-mentah. Kehadiran orang ramai ke surau dijangka tinggi untuk 2 minggu pertama, agak sesak. Jadi dicadangkan untuk menunggu sehingga minggu ketiga.

4. Selepas solat Maghrib berjemaah, sama-sama lafazkan niat berpuasa dengan Hanim & Hanis. Hanim ada jugak rasa excited nak berpuasa, yang sikecik acting faham. Eheh!

5. Lemak-lemak pejal peha abahnya terurai akibat kegagalan suis "on" motor berfungsi. Berhempas pulas menendang engkol motor yang dah lama enjinnya tak dipanaskan. Berjaya. Sampai di surau, abah keletihan, kepanasan dan ikatan kain pelikat hampir terurai kesan dari eksesais tidak terancang.

6. Surau penuh dengan umat antarabangsa. Dari Europe takde, banyaknya dari negara-negara Timur Tengah. Errr.. dari seberang juga ada, yang halal juga tidak halal. Eheheh!

7. AJK surau Al-Khairiah umumkan terawikh seperti biasa 20 rakaat, diimamkan tahfiz. Bezanya kali ni imam takkan mengejar untuk habiskan 30 juzuk dalam tempoh sebulan berpuasa. Kali ini bacaan lebih perlahan, agar lebih mudah didengar dan diikuti. Satu perubahan yang memnberangsangkan.

8. Tamat rakaat ke-lapan, surau menjadi lengang. Saf yang penuh, tiba-tiba menjadi 3 saf saja di belakang imam. Yang perempuan tak tau lah.

9. Alasan-alasan yang mungkin kenapa kebanyakannya balik selepas rakaat 8; penat bekerja masih belum hilang, mahu meluangkan masa dengan anak-anak, mahu menyediakan sahur, bersahur dan lain-lain.

10. Saya adalah salah seorang dari orang ramai yang bersurai itu. :)


Selamat menyambut Ramadhan untuk pengunjung myroutine.

You Might Also Like

2 comments

  1. bak kata sorang ustaz...habis 8..balik rumah kalau sambung buat keje berfaedah ok je. Tp jgn la balik rumah bukak astro cenel 721 - So You Think You can Dance. ahaha

    ReplyDelete
  2. channel 711 la.. ehh.. ter"tau" la pulak channel mana.. ahahahaha!

    ReplyDelete

Press

press