Luahan rasa seorang penunggang motosikal

August 17, 2010

foto ehsan muhammad haris, jurugambar sambilan

1. Bulan puasa ni saya nekad nak naik motor balik. Walaupun mendapat tentangan dari bini tersayang, motor Honda Wave 125 tetap menjalankan tugas. Doakan saja kanda selamat pergi dan selamat pulang, ye dinda.

2. Motor tu dah "terperam" setahun lebih. Tak berkhidmat secara maksimum pada tuan dia. Tapi sejak 6 bulan lepas dah dipinjamkan pada sorang sedara. Bila diambik balik baru-baru ni, rupanya motor saya tu langsung tak pernah diservis, pernah jatuh, helmet rosak tapi langsung tak direpair dan yang paling menyayat hati, langsung tak pernah dibasuh. Sport rim kotor yang amat. Sekiranya dibiarkan lagi sebulan dua, saya mungkin boleh jadi jutawan cendawan.

3. Bila saya hantar servis baru-baru ni, baru saya perasan tayar belakang sudah botak. Sekali lagi air mata hati saya mengalir. Sedih mengenangkan motor saya diperlakukan sebegitu rupa.

4. Mulanya berfikir mahu declare war dengan sedara saya itu, hati ini benar-benar luka. Tapi hati saya yang suci tidak membenarkannya.

5. Sekarang sudah hampir seminggu saya berulang alik ke opis dengan motor merah saya. Anak saya si Hanim pun teruja dapat naik motor ke sekolah.

6. Oleh kerana usia saya yang agak lanjut, di samping masih lagi wujud perasaan was-was atas kondisi motor merah saya, saya hanya memandu dengan kelajuan 60-80 km/j, walaupun di atas highway. Saya dilihat sebagai penunggang motosikal yang begitu sopan, sehingga saya merasakan saya lah calon yang paling sesuai untuk iklan pemanduan berhemah sempena hari raya yang akan datang ini.

7. Selain dari cabaran hujan dan dipandang sepi oleh pemandu kereta semasa di jalanraya, saya amat gembira dengan penjimatan yang dapat dilakukan. Sekiranya memandu kereta saya membelanjakan lebih kurang RM 70 seminggu untuk tol dan minyak. Dengan motor merah, paling tinggi pun RM 20. Dalam sebulan, saya boleh jimat RM 200. Wah!

8. Saya juga mendapat penjimatan masa. Jem atau tak jem, saya tetap sampai rumah/opis dalam jangka masa 20 - 30 minit (sekiranya diizinkan Allah). Kadang-kadang saya mahu membuat "willy" dicelah-celah laluan sempit taktala jalan jem. Saya merasakan diri ini bagai burung yang bebas kerana tidak lagi perlu gusar dengan kesesakan lalulintas.

9. Oh ye! Lupa. Penunggang motor selalunya tak perlu risau dengan isu parking. Selalunya kami ada keutamaan dalam hal ini. Seperti saya, kini saya boleh parking sehampir boleh dengan lif ke opis saya. Berbanding dengan kereta, saya perlu berjalan sejauh 400 meter dari tempat parking ke opis. Sekiranya hujan dan walaupun berpayung, tetap akan basah.

10. Secara amnya, penunggang motor di Malaysia dipanggil mat rempit. Ianya terlampau generalisasi, kerana saya tak merasakan diri saya yang bersopan santun di jalanraya patut dipanggil mat rempit yang sentiasa dikaitkan dengan perkara negatif. Tetapi sekiranya perlu, saya lebih suka dipanggil mat rempit teragung kerana saya adalah model contoh kepada perempitan berhemah. Boleh?

Berhati-hati di jalan raya!

You Might Also Like

0 comments

Press

press