Salam Aidilfitri 1431H

September 08, 2010


Untuk semua pengunjung myroutine, salam aidilfitri dari kami sekeluarga. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna pada yang meraikan.

Saya, dan juga keluarga saya, memohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan saya yang mencaras dan menyentap perasaan tuan puan ketika membaca blog ini. Itu adalah kelemahan saya sebagai manusia, yang seboleh mungkin ingin memperbaiki diri.

Juga, tuan/puan yang mengenali, sudilah datang ke rumah saya untuk membantu saya menghabiskan kuih muih yang berjenis-jenis itu. Duit raya pun ada tawww...

Yang memandu, semoga selamat pergi dan selamat tiba ke destinasi. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. :)

Salam lebaran dari myroutine!

You Might Also Like

2 comments

  1. selamat hari raya aidil fitri untuk abg sharul n family ;)

    ReplyDelete

Press

press