Kerabu Pucuk Paku (minang style)

October 22, 2010



Ada yg bertanya macamana nak masak. Gara-gara lauk kenduri doa selamat ari tuh, ramai yang mintak resipi. Alhamdulillah, resipinya biasa-biasa jek, tapi berkat kasih tangan mak yang memasak, lauk simple pun tetap orang suka.

Saya sayang mak saya.

Ni mak saya sharekan resipi nak masak. Orang biasa masak faham la kot, kalau first time nak cuba, dinasihatkan kena belajar terus dari bonda kesayangan saya. Eheheh!

Bahan-bahan
Satu ikat pucuk paku
Ikan bilis kasar segenggam
Cili api 20 biji
Cili masak 4 biji
Bawang kecik 10 biji
Daun kunyit 2 helai, mayang halus
Kelapa sebelah
Jering 10 biji, jgn tua
Terung telunjuk 10 biji
Kunyit hidup seinchi


Cara masak;
1. Cili, kunyit hidup & bawang blender
2. Ikan bilis& kelapa blender, jgn halus
3. Jering belah 2/3, rendam setengah jam
4. Terung kerat 2
5. Goreng jering dengan api perlahan, dah empok toskan dan buang kulit
6. Goreng terung sekejap, nampak layu terus angkat
7. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam setengah cawan
8. Masukkan cili & kelapa dalam kuali, kacau perlahan, api perlahan, sampai kering jadi macam kerisik
9. Pucuk paku basuh dan toskan
10. Masukkan pucuk paku, kacau sampai nampak layu, masukkan jering & terung.
11. Masukkan daun kunyit, asam kandi/asam keping sekeping
12. Gaul. Siap.


Silah makan dengan hati yang gembira.

You Might Also Like

1 comments

Press

press