Pasca Raya

October 05, 2010

Life masih macam biasa. Bekerja di hari bekerja. 5 hari seminggu. Tiada cuti yang berbaki. Hujung minggu, sibuk beraya ke sana sini. Minggu lepas yang paling penat. Buat kenduri doa selamat, disekalikan dengan rumah terbuka.

Maaf lah kalau ada yang tak terjemput! Kecil-kecilan.

Dari segi jemputan, agak kelam kabut tahun nih. Lebih sibuk memikirkan apa yang nak dimasak, camana susunatur majlis. Jemputan mana yang teringat, itu lah yang terjemput. No talipon pulak, banyak yang dah hilang. Gara-gara nak sync kan antara talipon dengan Gmail lah ni! Rupanya teknologi tidaklah selalu membantu.

Terima kasih kepada yang sudi datang.

Tapi, lebih banyak terima kasih kepada makcik-makcik, kakak-kakak, ipar-duai yang datang membantu. Memang aku mengah kalau takde mereka-mereka yang membantu.

Insya-allah, ada rezeki kita buat lagi. Tapi kali tu mungkin lagi kecik. Ehehehehhe! Tak larat nak buat besar-besaran, melainkan ada maid... :)


You Might Also Like

0 comments

Press

press