The real Farmville

October 30, 2010

depan pondok
mencangkul ubi
bonda menimbang ubi untuk dijual

haris, tetap kena study walaupun di kebun
pemandangan yang sangat menarik

Minggu lepas ke kebun abah di Kuang. Abah ngan mak dah bagi hint banyak kali suruh mencemar duli ke kebun tu. Ahahaha! Maaf lah ayahanda dan bonda, anakanda mu ni sentiasa busy acting busy. Lagi pun, tak sanggup rasanya nak merosakkan kehalusan tapak tangan yang mulus yang hanya sesuai dengan kerja-kerja pejabat ni.

Keh keh keh! Korporat la sangat.

Pagi Ahad, kami ke kebun. Plannya nak cabut ubi, pastu masak-masak untuk makan tengah hari. Sampai-sampai, mak ngan abah dah mulakan operasi menggali ubi. Ada orang tempah 60 kg ubi. Aku pun terus join. Perghhh!! Kuyup jugaklah baju dek peluh.

It was a good exercise, and the lunch also was awesome. Makan pun peluh sakan. And all my siblings except the eldest were there. Had a good family gathering moment.

I should repeat this more often.

You Might Also Like

0 comments

Press

press