Ada apa dengan Janda Baik

November 29, 2010

Berkelah di Janda Baik macam dah menjadi rutin kami. Mungkin secara purata, dua (2) bulan sekali. Aku tak ingat sejak bila, tapi Janda Baik memang menjadi tempat "rasmi" keluarga aku dengan adik-beradik berkelah di hujung minggu. Dari adik-beradik, ipar duai sampailah kawan-kawan, dah banyak kelompok dah mula jatuh cinta dengan tempat ni.

Kami ada alasan kami sendiri untuk memilih Janda Baik. Kalau  ikutkan, ada lagi tempat berkelah yang dekat. Janda Baik (JB) agak jauh. Kurang-kurang 30 - 45 minit kalau memandu dari Gombak. Tapi itu tak menjadi alasan. Kepuasan dapat menikmati alam semula jadi, dengan kesesakan yang amat minimum, jarak bukan satu faktor yang berat.

Kalau dah suka tu, apa pun tak jadi alasan.

Tapi aku tak besar-besarkan cerita. Setiap keluarga yang aku bawak ke JB, rata-rata semuanya setuju tempat ni menarik. Keadaan semula jadi masih terpelihara, agak banyak pembangunan tapi masih terkawal.

Tengok lah sendiri. :)






Segar

Fresh
Aaaaaaaa!
Pondok











Seronok!

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam, saya nak bertanya.Tempat saudara pergi di janda baik ni,berbayar atau tempat awam..bley bg cadangan tak?terima kasih.

    ReplyDelete
  2. salam bard.

    tempat yang kami pergi ni namanya Riverside (http://www.riverside.com.my). Pondok2 yang disediakan kena bayaran, bergantung pada jenis pondok (<> dari RM 10 - RM 16). Kemudahan banyak lah, ada surau, bilik mandi, bilik air. Tempat ni memang senang nak pegi, parking tepi jalan terus sampai pondok. Nak turun ke sungai pun dah ada tangga sekarang ni. Sesuai untuk keluarga. Kalau yang pegi geng bujang2, cam tak berapa sesuai untuk mandi manda.

    Rasanya sekarang dah makin susah nak cari tempat "awam". Rata-rata sepanjang sungai kat Janda Baik ni dah ada chalet, resort atau rumah perseorangan. Wallahualam. Kami memang kalau pergi terus ke Riverside ni je.

    Satu je nak pesan kalau nak berkelah kat sini, bawak makanan siap-siap. Susah nak carik kedai. :)

    ReplyDelete

Press

press