Haris, mangsa ujikaji

November 02, 2010

Entah lah. Lain macam sikit kiasu nya aku bab pencapaian akademik anak. Walhal si anak sulung baru darjah satu, pressure nya macam anak nak ambik UPSR tiap kali ada ujian. Yang anak stress, mak bapak tukang tambah stress.

Sistem pendidikan yang mementingkan berapa A yang pelajar dapat, amat lah aku tak setuju. Sebab untuk dapat A, formulanya senang. Hafal! Dari dulu sampai sekarang, aspek pembangunan sahsiah dan daya tahan untuk survival tak dititikberatkan.

Ahahah! Salahkan orang lain dulu. :)

Haris selaku anak sulung, selalu jadi mangsa "eksperimen" aku. Termasuk bab belajar. Kesian tengok dia. Contohnya bab sekolah mengaji. Aku cadang-cadang tak mau hantar sekolah mengaji, sebab kesian ada, lagi sebab aku rasa cukup dah dengan sekolah kebangsaan (dah ada kelas JQAF). Haris masih budak, aku taknak dia terperangkap dengan desakan sistem pendidikan yang kurang berkesan.

Aku pulak konon-konon akan "cover" mana-mana yang patut. Contoh macam mengaji, solat, dll. Tapi gagal. Aku sendiri gagal fokus. Aku boleh jadikan masalah-masalah, keadaan yang tak mengizinkan sebagai alasan. Alasan semata-mata. Escapism. Biasalah, siapa nak salahkan diri sendiri. :)

Empat bulan pertama Haris bersekolah, dia agak "terabai". Haris memang kekurangan support masa tu. Tambah-tambah pulak, rumah tengah renovate. Masuk bulan ke-5, baru ada sedikit tumpuan. Itupun on off, sebab aku pulak baru ada restructuring kat opis. Beban kerja agak melambak sebab tak ada proses hand over yang proper. Di rumah sudah mula stabil, tapi aku pulak yang terumbang-ambing.

Alasan "penat" adalah alasan yang paling kukuh. Haris terbiar lagi. Aku betul-betul fokus bantu Haris bila time ada ujian je. Itupun selalu ngamuk-ngamuk, sampai meleleh air mata. Eheh! Bunyi cam garang, tapi Haris memang cepat terasa hati. Lagi-lagi kalau abah dia yang marah.

Jadi, aku sepatutnya tak boleh set high expectation pada Haris. Dengan keadaan-keadaan yang terjadi, aku perlu terima yang hakikat. Aku tak stress, Haris pun tak stress. Haris masih kecik, expectation aku patut berpada.

Insya-allah, apa pun keputusan periksa final Haris, abah terima. Apa pun keputusan, Haris tetap dapat reward. Anak abah ni, walaupun tak dimonitor sepenuhnya, masih mampu dapat keputusan yang cemerlang. Alhamdulilah, aku ada anak yang terang hati.

Semoga berjaya Haris!

You Might Also Like

1 comments

  1. insyaAllah. setiap niat yang baik, disertai pelaksanaan yang pasti akan mendapat ganjaran dari Allah.

    ReplyDelete

Press

press