Jangan sebut Upin & Ipin. Sebutlah Uffin & Ariffin! Really?

November 10, 2010

Dikemaskini hari Selasa, 2/10/11

*Baca sampai habis (especially kalau datang dari http://forum.lowyat.net/topic/2057019), sebab mostly yang bagi komen about my blog (indirectly) kat forum tu, agak-agaknya sama spesis dengan orang yang create email pasal upin & ipin kat bawah nih. Tak baca habis, then bagi komen macam tak masuk sekolah. Pathetic! Yang simply bagi my blog's URL without further explanation (I doubt he/she reads my blog), wish you all the best.  :)

*The blogger blogs this to get hits? Well, in a way I do! I blog this for one thing for sure, I want to share my view and stop the Muslim Malay (especially to the brainless one, sadly some of them in the forum too) from being such  an idiot. I gave my opinions on the issue, while the "genius" in the forum said I am an attention seeker. Well, I did get your attention, but I forgot a typical Malay that thinks he/she is a better Malay than other, hardly can think, even read! My bad.

*On the Upin & Ipin issue, I already pointed out my view. You might agree, you might not. Tapi baca semua kalau nak komen, atau jangan baca langsung.Yang dok kata aku ni attention seeker tu, dah buat apa? Carut marut kat forum tu (on my blog), kira habis hebat lah. Pathetic!


*********************Original Post***************************************

Aku baru lepas Asar. Balik opis, ingat nak packing dah nak balik. Cek-cek email, ada la member forwardkan aku satu email nih.

Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “ Aku suka Israel.”


Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada baju Ipin.
“U” bermaksud “USA”
“I” bermaksud “Israel”


Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon.


LAGI SATU :


Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘Israel’. 4g pula bermaksud “god, gold, glory and girl”. kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.




ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..


***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN, KITA KONGSIKAN BERSAMA***


WASSALAM.

Aku macam, hoh, ni crap apa nih? Gila ke apa nih? Aku torus reply email tu;

Ms I**,
ni aku balas ni bukan cakap kat kau tau.. ni utk tuan yang buat email nih.. kang kau sentap ngan aku pulak.. eheheh! Email ni cukup bangang bagi aku. Isi dah merapu, bila tengok pesanan penaja lagi merapu..

"kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam."

ni agama apa dia pakai nih? agama sembah matahari kot? ke dia ni yang yahudi, siap boleh jatuh hukum bagai? kau forward la email ni balik.. biar sampai kat orang yg mula2 sekali create email ni.. ni mesti kes bodoh tak habis sekolah.. tu la, org suruh pegi sekolah, dia pegi tengok porn org yahudi, tu yg bodoh sangap tuh..


Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud “Aku benci Rasul.”
Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud “ Aku suka Israel.”

daripada banyak2 benda yg ada, ini yang nak dijadikan isu? bahasa armaic kunun.. armaic waklu.. boleh pulak tu satu bahasa armaic, satu bahasa syriac.. apa logiknya orang les copaque guna bahasa nih?

1- makna ipin ikut bahasa armaic/aramaic - http://www.atour.com/cgi-bin/dictionary.cgi?string=ipin&B1=Search&Search_Field=Meaning&VTI-GROUP=0
2- makna upin (bahasa syriac aku tak jumpa dictionary dia, ni ikut armaic) - http://www.atour.com/cgi-bin/dictionary.cgi?string=upin&B1=Search&Search_Field=Meaning&VTI-GROUP=0

takde makna! lagi satu, satu perkataan dengan 4 huruf (upin/ipin) boleh jadi maksud sampai 3 perkataan? kayu!! aku kesian kat sepupu aku.. dari kecik sampai sekarang aku panggil dia IPIN.. rupanya aku pecinta Israel..oohhh neeehiiii...


Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf “U” pada baju Upin dan “I” pada
baju Ipin.
“U” bermaksud “USA”
“I” bermaksud “Israel”

then, base on huruf i ngan u, kompom lah upin ipin tu produk yahudi? aduh... kalau lah mencarut tu diizinkan, sampai raya haji tahun depan tak habis aku nak carut.. ni, orang yang buat citer tahyul ni nak lawan David Teo punya filem lah nih.. sengal! I love U... aaa sudah.. selama ni aku cakap "Israel Love USA" lah.. patut lah time aku ngurat dulu bila aku cakap I LOVE U awek tak layan, tak sampai maksud rupanya.. seb baik aku ngurat bini aku pakai bahasa Melayu..


Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. ‘i’ pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ‘Israel’.

iPhone agenda yahudi? aduu laaaa... kalau mamat/makcik ni sedar diri... mostly benda2 yang dia dok pakai ni hasil kerja puak yahudi.. silap2 spende dia pun hasil penat lelah yahudi..


hopefully, pencipta email yang bangang nih boleh sertakan facts/hujah.. kalau ada betul, aku tarik balik kata2 aku.. kalau katanya nak bergurau senda di alam maya (boleh pulak Mamula Moon jadi agenda yahudi)... kau pepandai la jawab sok kat kubur.. mana tau dari 10 orang yg dapat email ni, 1 percaya..

sorry ***.. aku memang emo bab-bab nih.. silap-silap boleh luntur akidah.. kalau ada batu belah bertangkup, dah lama aku suruh dorang telan tuan punya email tuh.. luluh lumat2..

p/s : bahasa melayu, B*BI tu maksudnya menatang haram tu la.. tapi kalau kat India, B*BI tu dia buat panggil kakak (ipar) dia je.. ni mesti agenda yahudi nih, sebab kat B*BI tu ada huruf I... ahahahah! agenda waklu!

Letih lah!

You Might Also Like

2 comments

  1. Satu artikel yang amat kelakar. Saya sudah mencari sumber asal 'mesej' melalui google dan menemui blog ini.
    Kawan saya menyebarkan dakyah ini dan saya terus maki hamun.

    Kalau ini cara pemikiran orang melayu dan orang islam, malaysia tidak akan mencapai status negara maju walau apa jua sekalipun, dan muslim muslimah gaza akan kekal dirogol oleh israel jahannam akibat pemikiran orang islam kini yang kebudak-budakan dan tidak matang.

    Revivalthinking.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. really funny yet useful information..

    ReplyDelete

Press

press