City of Digital Light : i-City, Shah Alam

December 06, 2010

Minggu lepas adik-beradik Syah datang. Banyak hari juga tidur di rumah kami. Cuti sekolah, masing-masing bawak keluarga nak bergembira. Campur tolak, ada 14 orang tidur di rumah buruk kami. Alhamdulillah. Meriah. Kecoh. Aku seronok kalau rumah kami meriah begitu. Sudah bersependapat dengan Syah, kalau boleh biarlah kerap tetamu datang ke rumah. Meraikan tetamu. Seronok!

Semua sudah ada program yang dirancang awal. Syah dan anak-anak sempat mencelah masuk aktiviti cuti-cuti Malaysia ini. Aku tetap bekerja dengan rela-paksa. Rela, demi mencari rezeki untuk keluarga. Paksa, sebab sudah tidak boleh bercuti. Cuti tahunan sudah habis!

Waaaaaaa.....

Hari Sabtu, aku dapat idea. Malamnya nanti mahu berjalan-jalan ke i-City, Shah Alam. Kalau diikutkan agenda cuti-cuti kaum-kerabat kami ini sudah tamat. Hari Ahad masing-masing sudah mahu pulang ke rumah. Kami berpakat dan bersetuju, lepas makan malam bergerak ke Shah Alam. Mahu tengok lampu lip-lap! Jam 10 malam kami bertolak, dengan harapan i-city sudah tidak sesak.

Silap.

Memang silap. Jalan di Federal Highway masih sesak. Sampai di i-city pun masih perlu beratur mencari tempat parkir. Ramai, manusia bergelimpangan di sekitar kota cahaya ini. Dengan bayaran RM 10, kami masuk ke kawasan parkir. Prrrftt! Parking yang lecak dan sangat lah open-space tanpa ada seliaan yang asas. Diamkan sahaja, seperti kebiasaan manusia Malaysia yang lain. RM 10 itu niatkan sahaja untuk bayaran kepada TNB.

Wahh!

Teruja dengan pokok-pokok lampu yang berwarna-warni. Mata yang sudah kuyu dipaksa bulat. Anak-anak sudah mamai, kami "paksa" pusing satu taman sambil bergaya sakan di depan kamera. Ahahah! Jam 12 malam kami masih bergentayangan di kota cahaya. Hantu-hantu alam ghaib pun menggeleng kepala melihat perangai manusia yang terjangkau ini.

Abang dah mengantuk

Kakak yang tetap ceria

Pak Teh dan anak-anak buah

Ikram

Pokok lampu





Family





Hihihhi!



You Might Also Like

1 comments

Press

press